Zaman kanak-kanak adalah waktu paling gembira yang pernah dilalui, tiada masalah perlu difikirkan. Rutin harian pula cukup ringkas dan masa yang paling ditunggu-tunggu adalah waktu bermain.
Pastinya ada memori zaman kanak-kanak anda yang masih tersemat sehingga ke hari ini, mungkin waktu bermain yang sangat seronok pada ketika itu bersama rakan-rakan.
Sama seperti dengan tiga kanak-kanak yang dirakam sedang berbincang di tepi jalan kecil di kampung ini bersama basikal masing-masing. Video mereka tular sejak semalam menyaksikan si perakam yang merupakan orang dewasa mengusik sakan tiga kanak-kanak ini.
Rakaman berdurasi 25 saat itu meraih perhatian ramai dengan lebih 11,000 shares dan 283,000 tontonan.
Berikut adalah video yang tular itu:
Menurut Haizan Yazid Nordin, video ini dirakam di Parit Sikom, Pontian dan kanak-kanak ini sebenarnya tidak jauh pun dari rumah mereka. Hanya dia sengaja menyakat budak-budak ini kerana mereka tidak mengenalinya.
Mungkin disebabkan itu ada yang menangis bila dia perkenalkan diri sebagai ‘penculik’. Tambahnya lagi video ini hanya sekadar gurauan semata-mata.
Rata-rata netizen meninggalkan komen mereka seperti berikut: