”Risteena Munim Dah Fitting Baju Kahwin,” Siapa Bakal Suami Ni

Pelakon Risteena Munim memberi bayangan bakal mengakhiri zaman bujangnya dalam masa terdekat selepas berkongsi sebuah video di Instagram yang memaparkan dirinya sedang menggayakan busana perkahwinan.

Risteena atau nama sebenarnya, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 30, turut memberitahu pengikutnya dia kini sedang menghitung hari menuju ke hari bahagia.

“Selesai fitting. Menghitung hari. Hari bahagia adalah impian setiap wanita. Tetapi kebahagiaan saya bermula setelah awak datang dan mengisi hari-hari saya.

“Terima kasih, Cinta. Awak selalu cuba untuk tidak sakitkan hati saya, tak boleh tengok saya sedih dan nangis. Kalau saya nangis, awak akan susah hati. Jadi, jangan buat saya sedih okay? Jauh lagi perjalanan kita. Jadilah orang yang sama sampai bila-bila.

“Saya bersedia menjalani hari-hari saya bersama awak. Suka duka bersama awak. Dengan izin Allah, kita mulakan dengan bismillah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

Done fitting. Counting days 💍 Hari bahagia adalah impian setiap wanita. Tetapi kebahagiaan saya bermula setelah awak datang dan mengisi hari-hari saya. Kisah cinta saya bermula ketika saya berjumpa dengan seseorang yang terlalu menyintai saya. Di awal perkenalan kami tidak banyak bercakap. Saya tak pernah sangka akan ada seseorang yang akan menyintai saya sebanyak ini. Disaat saya menghadapi saat sukar dalam hidup, dia sentiasa ada. Dia seorang yang akan buat apa sahaja untuk happykan saya, setiap permintaan saya, dia cuba tunaikan. Tak pernah merungut. Sentiasa melayan karenah saya. Dia seorang yang akan tahu bila saya okay dan bila saya tak okay. Dia tahu apa yang saya suka, apa yang saya tak suka. Terlalu cepat dia mengenali saya. Semakin hari dia cuba untuk lebih mengenali saya. Walaupun pada awal perkenalan kami tidak banyak bercakap tetapi sekarang tidak ada sehari pun kami tak berjumpa. Walaupun habis shooting lewat, sekejap pun dia akan datang untuk jumpa saya. We can’t go a day without seeing each other. Benda yang boleh buat dia sedih, bila dia terpaksa jauh dengan saya. How sweet! Masa saya accident, dia orang pertama yang sampai walaupun 3 pagi. Masa saya sakit, dia orang yang sentiasa ada dengan saya. Dia jaga family saya. Dia seseorang yang selalu ambil berat pasal family saya, itu buatkan saya jatuh hati. Terima kasih, Cinta. Awk selalu cuba untuk tidak sakitkan hati saya, tak boleh tengok saya sedih dan nangis. Kalau saya nangis, awk akan susah hati. Jadi, jangan buat saya sedih okay? Jauh lagi perjalanan kita. Jadilah orang yang sama sampai bila-bila. Lagu Cinta Luar Biasa akan sentiasa jadi lagu kita. Kerana cinta kita luar biasa. Ini merupakan langkah pertama untuk langkah yang berikutnya. Saya bersedia menjalani hari-hari saya bersama awak. Suka duka bersama awak. Dengan izin Allah,kita mulakan dengan bismillah. To be continued…

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Begitupun, kakak kepada pelakon Ruhainies itu tidak mendedahkan identiti gerangan lelaki yang dimaksudkan sebagai bakal pasangan hidupnya itu.

Lebih menjadi tanda tanya apabila pada bulan lalu, timbul dakwaan mengatakan hubungan cinta yang dibina dengan ahli perniagaan, Ikhwan Khairudin selama tujuh tahun difahamkan sudah putus di tengah jalan.

Pelakon filem Hantu Wangan itu kemudian dikaitkan dengan pelakon kacak Isa Khan apabila mereka dikatakan sering menghabiskan masa bersama.

Bagaimanapun, sehingga kini, Risteena masih mengunci mulut berhubung dakwaan tersebut.

Begitupun, ketika meninjau di ruangan komen, netizen sudah mula membanjiri dengan ucapan tahniah buat dirinya dan Isa.

Dakwaan Risteena bakal kahwin dalam masa terdekat dikuatkan lagi apabila November merupakan bulan sambutan ulang tahun kelahirannya.

Apapun, sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi daripada Risteena.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.