Tidak Romantlk Pvnca Ahmad Maembong Beberapa Kali Pvtus Cinta

ADIK kepada pelakon Emma Maembong iaitu Ahmad Maembong mengakui dia sudah beberapa kali putus cinta dan perpisahan tersebut berpunca daripada dirinya yang tidak romantik.

Bagaimanapun, menurut Ahmad, 26, dia kini lebih selesa menjalani kehidupan solo kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya seninya tanpa perlu memikirkan soal kekasih.

“Sebenarnya saya baru sahaja putus cinta pada bulan lalu dan sebelum ini juga saya sudah beberapa kali gagal dalam percintaan yang boleh katakan semuanya berpunca pada diri saya sendiri.

Ahmad mahu fokus kerjaya terlebih dahulu.

“Saya seorang yang tak reti nak bercinta atau bermadah-madah, jadi mungkin itu puncanya hubungan cinta saya tidak berjaya. Lagipun, kalau sekarang fikir soal kekasih, habis duit pada mereka sahaja.

“Jadi, buat masa ini saya masih solo lebih baik fikir fasal nak kerja dahulu dan kalau ada rezeki pada umur 30, InsyaAllah saya kahwin saja terus,” kata Ahmad kepada mStar.

Ahmad ditemui ketika majlis pelancaran dan sesi meramah mesra barisan pelakon filem Garang di Alvina Empire (M) Sdn. Bhd. Petaling Jaya pada Khamis.

Dalam pada itu, biarpun fizikalnya tidak sempurna seperti pelakon lain namun Ahmad tetap mahu membuktikan dia mampu untuk melakukan babak aksi sendiri (stunt) menerusi filem arahan Kan Varren.

Saya mahu memberi inspirasi dan semangat kepada golongan senasib saya untuk membuat sesuatu yang di luar akal dan kemampuan.

Malah Ahmad yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) sanggup menurunkan berat badan dalam masa tiga minggu untuk memuatkan dirinya duduk di kerusi roda atlet paralimpik.

“Walaupun sudah disediakan pelakon pelagak ngeri untuk babak aksi tapi saya tetap minta untuk lakukan sendiri babak tersebut. Saya nak cabar diri, kalau orang biasa boleh buat, saya yakin juga boleh.

“Saya mahu memberi inspirasi dan semangat kepada golongan senasib saya untuk membuat sesuatu yang di luar akal dan kemampuan. Biarlah orang nak cakap apa, tapi akhirnya kita mampu buat.

“Malah untuk filem ini saya terpaksa diet untuk membolehkan duduk di kerusi roda yang disediakan. Kalau ikutkan saiz dan berat badan saya ketika itu memang tidak muat,” ujarnya.

Selain Ahmad, filem tersebut turut dibintangi oleh Pablo Amirul, Wan Hanafi Su, Chacha Maembong, Jalil Hamid dan ramai lagi.

Filem yang bakal ditayangkan pada 5 Disember depan itu bersempena dengan sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa yang disambut pada 3 Disember setiap tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Mstar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.