”Nasib Baik Kain Pelikat Tak Terlvcut.” Maien Tarik Tali Dalam Asrama, Raih 700 Ribu Tontonan Dalam Sehari

Pengalaman tinggal di asrama sewaktu zaman persekolahan mahupun kolej pastinya tidak akan dilupakan oleh sesiapa pun. Apatah lagi jika ditempatkan bersama rakan-rakan yang memang ‘sekepala’. Memang meriah sebab ada je aktiviti yang akan dilakukan.

Seperti perkongsian video oleh seorang pengguna twitter amrlhakim yang menjadi tular di media sosial. Dalam tempoh tidak sampai 48 jam dimuat naik, video berkenaan telah mendapat hampir 700 ribu tontonan.

Video berdurasi 27 saat yang dirakamkan di sebuah institusi pengajian tinggi awam itu memaparkan sekumpulan pelajar lelaki yang sedang bermain tarik tali di hadapan koridor bilik mereka. Memang kelakar dan ‘win’ habis lah!

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen turut mengakui terhibur dengan video tersebut. Ada pula yang teringat kenangan lama sewaktu zaman belajar dulu!

Nasib baik kain pelikat yang depan tak terlucut

Mana la dapat tali tu..

Kesian member depan kena tarik

Dah kalah nak angkat penyapu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Twitter _amrlhakim

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.