Netizen Guna ‘Filter’ Labah2 Pada Kanak2, Reaksi Menggelabah Buat Ramai Berdekah

Aplikasi kamera kini banyak yang menyediakan filter menarik yang dapat memanipulasi realiti sebenar gambar yang dirakam.

Jika biasanya pengguna remaja dan dewasa yang banyak menggunakan filter untuk gambar dan video mereka, lain pula kali ini apabila baru-baru ini aplikasi Snapchat hadir dengan filter labah-labah.

Filter tersebut membuatkan seekor labah-labah yang besar dan realistik muncul di skrin dan kelihatan merayap pada muka orang yang dirakam.

Oleh itu ramai yang mengambil peluang itu untuk menggunakan filter itu ke atas anak-anak kecil untuk merakam reaksi mereka.

Seperti dalam sebuah video yang tular di Twitter, seorang kanak-kanak dilihat menggelabah dan menangis apabila melihat ada labah-labah di mukanya.

Video itu membuat ramai netizen lain yang turut ingin cuba menggunakan filter itu ke atas anak-anak mereka. Malah selebriti Kylie Jenner juga turut tidak ketinggalan mengikuti trend itu.

Tonton kompilasi video dari netizen di bawah:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Twitter, Youtube

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.