”Sekarang dia dah buktikan yang dia bukan kaleng-kaleng” Netizen

Dikatakan bangkit kembali, persembahan Naqiu dari kumpulan Boboy semalam hangat diperkatakan ramai apabila dia berjaya membawa lagu bertajuk Di Ambang Wati dengan sangat baik.

Malah video nyanyian Naqiu di program Gegar Vaganza minggu kelima ini juga tular dan dilaman YouTube Astro Awani juga trending.

Selain itu, ramai turut berpuas hati dengan persembahan pada minggu kali ini dan rata-rata diruangan komen memberikan pelbagai maklum balas positif dengan mengatakan suara dia semalam, luar biasa.

Dalam pada itu, melihat setiap persembahannya yang sentiasa terbaik membuatkan ramai sudah merasakan Naqiu bakal juara musim kali ini.

Naqiu dah kembali…

Sedapnya…

Power…puas hati

@KLPRESS

Sumber :Astro Awani

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.