Warisi Kecantikan Ibu, Wajah Terkini Puteri Bongsu Sultan Brunei Ini Sungguh Mempesona

Jika sebelum ini pernah disiarkan artikel tentang Putera Sulung personaliti TV Azrinaz Mazhar Hakim

 

View this post on Instagram

 

4 Syawal – Ni sajalah nak nasihat kat muda mudi generasi XY budak2 hipsters la ni… kalau time ghaya ni, buat yang dah bekerja dah ada gaji… duit raya 🧧sediakan jugaklah kat org2 tua makcik pakcik kita.. janganlah dok harap depa nak bagi kat kita lagi… la ni turn kita pulak yang bagi balik kat depa… sebab masa kita kecik, depa dok tanggung kita bagi macam2 wpun bukan mak pak kita.. apa salahnya bagi duit raya… bukan banyak pun – Sebab depa la ni dah tua mana larat nak kerja… ini semua berkat jugak untuk masa depan kita.. sat gi depa doakan untuk kita jugak.. jangan dok pikiaq mak pak masing2 ja.. mak sedara pak sedara pun fikirkan juga naa… yg budak2 tu sekurang-kurangnya ada makpak lagi yg bekerja – Jangan dok kata takdak duit tak cukup duit… macam mana nak ada duit kalau 10hinggit pun berkira. #itstimetogiveback #terbeletiaq #raya #aidilfitri #SHR #eid #minalaidilwalfaizin #hariraya

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on

iaitu Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel yang kini berusia 11 tahun, kali ini puteri bongsunya pula.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah Binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Wad’daulah kini berusia 10 tahun.

Baginda merupakan anakanda kedua baginda bongsu dan anakanda ke-12 baginda puteri bongsu kepada Sultan Hassanal Bolkiah dan bekas Bonda adalah pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim.

Comel Seperti Ibunya

Puteri Ameerah menerima pendidikan di International School Brunei (ISB). Kedua-dua anak Azrinaz kini tinggal di Istana Brunei. Namun, Azrinaz sering memuat naik gambar mereka di laman Instagram miliknya dengan kapsyen mengatakan bahawa beliau sangat merindui kedua orang anaknya.

Mari lihat gambar terkini puteri Azrinaz ini.

Sambut Ulang Tahun Ke-10

Sembah Tahniah dan Ucap Selamat sempena ulang tahun ke-10 pada baginda, semoga dipanjangkan umur, diberikan tahap kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.

Sultan Brunei yang berkahwin dengan Azrinaz pada Ogos 2005 turut dikurniakan seorang anak lelaki, Putera Abdul Wakeel.

Majlis Pernikahan beliau dengan Sultan Brunei diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Tiada liputan berita mengenai perkahwinan ini tetapi majlis ini dikatakan diadakan di kediaman rasmi Sultan Brunei di Kuala Lumpur “Rumah Awang Alak Bertatar” yang terletak di Jalan Ampang berdekatan dengan Kedutaan Britain.

Tiada Hak Penjagaan Anak

Menurut laporan dari Utusan Online, selepas bercerai, Azrinaz bukan sahaja terpaksa meninggalkan istana malah tidak akan dapat hak penjagaan kedua-dua anaknya kerana mereka adalah waris Sultan Brunei.

Dalam pada itu, pelbagai pihak lain seakan-akan ‘mengunci mulut’ daripada membicarakan mengenai bekas isteri kedua Sultan Brunei itu.

Dengan pengumaman ini telah menjawab segala teka-teki mengenai penceraian Sultan Brunei dan Azrinaz yang selama ini menjadi tandatanya kepada rakyat Brunei.

Sehubungan dengan itu, segala gelaran dan pingat kebesaran yang diberikan kepada Azrinaz telah ditarik balik berkuatkuasa mulai tarikh penceraian. Walau bagaimanapun beliau tidak memaklumkan sebab-sebab pencer4ian dan hanya menyatakan ianya berlaku atas sebab-sebab khas tanpa memberitahu butiran lanjut.

Azrinaz telah menjadi janda kepada Sultan Brunei dalam usia 30 tahun. Hasil perkahwinannya dengan Sultan Brunei, telah dikurniakan dengan sepasang cahaya mata.

Dengan penceraian ini, Sultan Brunei hanya mempunyai seorang isteri buat masa ini iaitu Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Menurut sumber Sultan Brunei juga pernah bercerai dengan seorang lagi isteri iaitu Mariam Abdul Aziz pada Februari 2003 selepas 21 tahun mendirikan rumahtangga dengannya.

Dua tahun kemudian, pada 20 Ogos 2005 Rakyat Malaysia dan Brunei dikejutkan dengan berita perkahwinan Sultan Brunei dan Azrinaz. Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan baginda di Istana Sultan Brunei di Malaysia iaitu di Rumah Awang Alak Bertatar di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Sebelum berkahwin Azrinaz merupakan seorang penyampai berita di TV3. Azrinaz berkahwin dengan Sultan Brunei dalam usia 26 tahun manakala Sultan Brunei waktu itu berumur 59 tahun dengan perbezaan umur sebanyak 33 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :malaysiakini

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.