Video Suami Nyarls Terjvn Bangvnan, Isteri Didkwa Berbelanja Lebih RM100,000 Ketika ‘Sale 11.11’

Kalau dah tarikh pun cantik, 11.11 mesti akan ada jenama yang akan buat sales murah-murah belaka. Pantang saja dengar diskaun, kita semua sudah ‘gatal tangan’ menekan jualan murah online di sebuah apps atas talian yang menjadi ‘buah hati’ ramai orang diseluruh dunia.

Lain pula ceritanya di negara China, seorang suami tertekan sehingga ingin terjun dari bangunan apabila mengetahui isterinya membeli belah ketika jualan murah 11.11 tersebut sehingga mencecah RM 180,000.

Pada malam kejadian tersebut, isterinya membeli barangan berharga seperti beg tangan, pewangi berjenama dan pakaian serta barangan berharga yang lain.

Menurut lelaki ini, ini bukan kali pertama ianya terjadi. Sebelum ini sudah banyak kali isterinya gemar membeli barangan berjenama yang mahal secara atas talian.

Tambahnya lagi, keadaan ini lebih teruk dengan kehadiran anak pertama mereka. tahun lalu, isterinya membelanja sebanyak RM 118,374 dan suaminya terpaksa membayar semua perbelanjaan ini tanpa kerelaan.

Perkara ini membuatkan si suami terpaksa menanggung bebanan hutang dua kali ganda yang tinggi atas sikap boros isterinya itu. Rentetan dengan itu, si suami mengambil keputusan untuk terjun daripada tingkat 33 bangunan kediaman mereka.

Pihak polis yang bergegas ke tempat kejadian cuba memujuk dan merayu supaya lelaki tersebut tidak membunuh diri. Sempat dia meluahkan perasaan kecewanya terhadap sikap si isteri. Apabila cubaan pujuk dari polis tidak berjaya, kedua ibu bapanya pula cuba memujuk dan akhirnya dia akur dan turun dari bangunan tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Chinapress

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.