Bapa basvh kereta tak tvtup pagar, anak kecil keluar maien basikal dirempvh kereta

Sejak semalam tular sebuah rakaman CCTV memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dilanggar sebuah kereta sejurus keluar daripada rumahnya.

Dapat diperhatikan menerusi video tersebut, kelihatan pagar di rumah berkenaan terbuka luas, sebelum kanak-kanak malang itu keluar bersendirian menaiki basikal sebelum dirempuh sebuah kereta.

Mak ayah tak perasan anak keluar…

Kelihatan, bapa kepada mangsa berada di luar rumah dipercayai sedang mencuci kereta, sementara si ibu berkemungkinan berada di dalam rumah membuatkan mereka tidak sedar anak kecil keluar bermain basikal.

Kejadian berlaku dengan agak pantas, kereta yang melalui kawasan tersebut tidak sempat memberhentikan kenderaan sebelum melanggar kanak-kanak itu.

Ibu bapa tolong jangan cuai…

Menyedari ada pelanggaran berlaku, ibu bapa mangsa dan jiran-jiran yang berdekatan bergegas berlari ke arah mangsa untuk melihat keadaannya.

Perkara seperti ini boleh dielakan jika kedua ibu bapa lebih peka dengan keadaan sekeliling yang berisiko mengundang bahaya kepada anak-anak terutama yang masih lagi kecil.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Penang kini

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.