“Bawalah Seni Dengan Adab” Teguran Lembut Zul Yahya Dipuji Warga Net

Selepas tular foto kontroversi dua pelakon baru-baru ini, Zul Yahya turut terpanggil untuk menegur aktor dan aktres tersebut.

Menerusi perkongsian Zul semalam (Rabu), pelakon senior itu telah menegur supaya hak agama tidak diabaikan ketika mencari rezeki.

Zul berkata, satu ketika dahulu dia juga pernah melakukan kesilapan sama, namun sampai bila ia akan berlaku sedangkan hari ini ramai yang berlumba-lumba untuk mendapat kemanisan agama.

“Mencari rezeki jangan diabaikan hak-hak agama.

“Dulu aku pun pernah melalui kesilapan-kesilapan ini tapi sampai bila kita nak lakukannya sedangkan hari ini ramai manusia berlumba-lumba untuk mendapat kebaikan dan kemanisan agama,” katanya.

Pesan Zul lagi, pelakon-pelakon baru yang masih diberi peluang berkarya seharusnya membawa seni bersama adab.

Tambah Zul lagi kepada semua yang terlibat dalam bidang seni hiburan tanah air supaya lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu kerana, sekarang ini aib mudah tersebar.

“Kepada adik-adik yang masih diberi peluang untuk berkarya di medan seni bawalah seni itu dengan adab dan tontonkan kepada mereka bahawa seni itu lebih indah dengan adab.

 

View this post on Instagram

 

Mencari rezeki jangan diabaikan hak2 agama … Dulu aku pun pernah melalui kesilapan2 ini tapi sampai bila kita nak lakukannya sedangkan hari ini ramai manusia berlumba2 untuk mendapat kebaikkan dan kemanisan agama … Kepada adik2 yg masih diberi peluang untuk berkarya di medan seni bawalah seni itu dengan adab dan tontonkan kepada mereka bahawa seni itu lebih indah dgn adab … Seni itu juga boleh menjadi asbab atau isyarat manusia datang kepada agama .. Sedarlah kita hari ini semakin ramai manusia yg inginkan seni yg penuh dgn adab dan sunnah … Pesanan utk semua yg terlibat didalam bidang seni hiburan tanah air baik didepan layar di belakang atau pun pengemar2 hati2 kerana hari ini semua perkara aib mudah tersebar .. Berkasih sayanglah hanya kerana Allah swt Tingkatkan sunnah… Sunnah bawa kejayaan dunia dan akhirat

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70) on

“Seni itu juga boleh menjadi asbab atau isyarat manusia datang kepada agama. Sedarlah kita hari ini semakin ramai manusia yang inginkan seni yang penuh dengan adab dan sunnah.

“Pesanan untuk semua yang terlibat di dalam bidang seni hiburan tanah air baik di depan layar di belakang atau pun pengemar-penggemar, hati-hati kerana hari ini semua perkara aib mudah tersebar.

“Berkasih sayanglah hanya kerana Allah SWT. Tingkatkan Sunnah, Sunnah membawa kejayaan dunia dan akhirat,” katanya.

Dalam pada itu di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji teguran lembut dan membina dibuat Zul.

Posting Zul turut disokong beberapa selebriti tanah air yang meninggalkan tanda suka dan komen positif.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.