”Kami Memang Tak Boleh Berjauhan”Aeril Zafrel Tak Mahu Berjauhan Dengan Wawa Zainal

Bakal menimang anak ketiga tidak lama lagi, Aeril Zafrel enggan berjauhan dengan isteri yang sedang sarat dan mahu berada disisi Wawa Zainal saat menyambut cahaya mata mereka.

Malah, Aeril berkata dia kini mengurangkan aktiviti penggambaran dan jarang ke gimnasium memandangkan isterinya sedang menunggu masa untuk bersalin. Sebelum ini, Wawa mengalami kontraksi sehingga terpaksa dikejarkan ke klinik.

“Saya bimbang andai sibuk di lokasi penggambaran atau berada di gimnasium, Wawa bersalin. Kalau boleh biarlah Saya ada di sisi Wawa saat melahirkan anak kami nanti,” katanya .

Meskipun sudah dikurniakan dua cahaya mata, Aeril berkata dia dan Wawa tetap teruja menantikan kelahiran itu. Ujarnya lagi, dia tidak kisah membantu menguruskan Wawa dan menjaga bayi mereka nanti kerana sangat rindukan saat tersebut.

 

View this post on Instagram

 

ingin mengenali saya?? dapatkan di omi..

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

“Hayla sudah besar, sudah masuk empat tahun. Seronok bila akan ada bayi di rumah kami nanti. Perasaan teruja kali ini sama seperti mahu menyambut kelahiran anak sulung. Saya tahu bila ada anak kecil kita akan keletihan tetapi saya rindukan detik itu.

“Saya rindu bau bayi mahu memeluk dan menciumnya. Kali ini kami buat persiapan awal, tinggal lagi tunggu hari Wawa bersalin,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Riti Kaya

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.