Keluarga Tak Mampv, Viral Budak Siapkan Kerja Sekolah Guna Wifi Dan Tablet ”Display” Di “Mall”

Sebuah video yang telah tular dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @InactionNever memaparkan seorang kanak-kanak yang didakwa sedang menyiapkan kerja sekolah di dalam sebuah kedai gajet.

Video tersebut dipercayai di ambil dari sebuah kedai peralatan gajet yang terletak di Brazil.

Menurut perkongsiannya itu, dia mendakwa bahawa kanak-kanak tersebut terpaksa menggunakan peralatan gajet “display” di kedai berkenaan bagi menyiapkan kerja sekolahnya.

Menurutnya lagi, kedai gajet tersebut dipercayai membenarkan kanak-kanak tersebut menggunakan peralatan di kedainya kerana gajet tersebut turut dilengkapi dengan akses internet bagi membolehkannya mencari maklumat yang diperlukan dalam menyiapkan kerja sekolahnya itu.

Video yang berdurasi selama 15 saat itu telah mendapat lebih 48 ribu “retweet” serta lebih 1 juta tontonan sejak ianya mula dimuat naik semalam oleh pengguna akaun Twitter berkenaan.

Video tersebut dilihat boleh mengajar kita tentang erti kesyukuran atas segala nikmat yang telah diberi. Ianya juga boleh mengajar kita supaya jika hendak berjaya, tiada alasan untuk kita tidak berusaha mencari jalan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :@InactionNever

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.