“Ada Sesiapa Nak Jadi Honey Saya”Irfan Haris Mengakv Sunyi Tak Ada Teman Wanlta

Penyanyi Irfan Haris memberitahu  bahawa dia masih berstatus solo dan tidak ada menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana wanita lagi.

Irfan atau nama sebenarnya, Irfan Haris Othman, 18, mengakui, secara tidak langsung situasi itu membuatkan dirinya adakala berasa sunyi.

HAPPY BIRTHDAY KAKAK SAYANG🥰❤️ to be honest when i was in bigstage I kept feeling like giving up but my sister was the one yang selalu bagi saya semangat untuk terus fight and doa dia makbul masa dia tunaikan haji saya dapat masuk final😭 thank you for everything kakak, ales doakan akak berjaya dunia akhirat, no matter what happens dalam dunia industry ni, i will always be on your side and yang penting niat kita as siblings ikhlas, cepat cepat kahwin kakk ales nak anak buah banyak banyak hehehe, love you kakak🐝❤️

“Saya tak ada teman wanita. Sumpah! Sedih kan hidup? Ada sesiapa nak jadi honey saya? Saya ini seorang yang sunyi.

“Tolong carikan teman wanita sebab saya tak ada lagi. Kalau ada teman wanita okeylah, tak ada lah sunyi sangat,” katanya.

Irfan berkata demikian ketika menjawab soalan daripada pengikutnya mengenai soal cinta ketika mengadakan sesi live di Instagram malam tadi.

 

View this post on Instagram

 

tapi bukan aku😞💔#indomusikgram #tagbae

A post shared by Irfan Haris (@irfannharis) on

Dalam pada itu, bekas peserta Big Stage 2019 itu juga turut melancarkan video muzik single terbarunya berjudul Honey semalam.

“Lagu Honey sangat bermakna buat saya. Saya sudah simpan lagu ini selama dua tahun. Saya harap video muzik lagu ini dapat diterima ramai,” katanya.

Adik kepada pelakon dan penyanyi Amira Othman ini mula dikenali pada 2016 ketika tampil dengan single pertamanya berjudul Redha.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Instagram IrfanHaris

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.