Bapa ‘Paaksa’ Anak Lvmpuh Sertai Tae Kwon Do Telah Menang Pelbagai Kejuaraan

Hati ibu bapa mana yang tak susah apabila anak dilahirkan dengan kekurangan fizikal, kerana mereka tahu cabaran yang perlu ditempuhi anak istimewa mereka.

Namun kekurangan upaya tidak memberi halangan kepada kanak-kanak istimewa untuk berjaya melakukan apa yang kanak-kanak lain dapat lakukan.

Begitu juga buat Carter Carrington yang terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang kakinya ketika hanya berusia 11 bulan.

Carter dilahirkan dengan kondisi ‘fibular hemimelia’ yang menyebabkan bahagian bawah tulang kakinya tidak terbentuk.

Untuk memastikan anaknya tidak dibuli di sekolah kerana kekurangannya itu, bapanya Marlon yang merupakan seorang bapa tunggal ‘memaksa’ Carter untuk mengikuti kelas Tae Kwon Do.

Walaupun pada mulanya Carter tidak mahu menyertai sukan seni mempertahankan diri itu, selepas diberitahu bahawa dia boleh jadi hebat seperti ‘superhero‘, Carter mula mendapat semangat.

Kanak-kanak 7 tahun itu telah membuktikan walaupun dengan kaki palsu, dia boleh berjaya memenangi pingat dalam berpuluh-puluh kejohanan yang disertainya di samping menjadi satu-satunya peserta kurang upaya.

Ternyata keputusan bapanya itu berhasil memberikan Carter keyakinan dan kekuatan, malah kini Carter sedang mengumpul dana untuk bersaing dalam Kejohanan Dunia Tae Kwon-Do di Australia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Story Trender

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.