Datin Almy Nadia Dedah Suami Tak Terima ‘Job’ Berlakon, Rakan Artis Beri Reaksi

Isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia mendedahkan bahawa suaminya itu sudah hampir tiga bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

Meskipun Fizz telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian menerusi drama Kamar Kamariah di Anugerah Skrin 2019 baru-baru ini, namun Almy mendedahkan bahawa segelintir pihak produksi seakan ‘takut’ untuk menggambil Fizz berlakon kerana menganggap bayaran yang dikenakan terlalu mahal.

“Bila dah 2 bulan tak ada job, muka ketat. Org bajet dia busy,fizz busy,fizz busy,fizz mahal,fizz sibuk… hahahahahahahah sedangkan dah dok umah nak masuk bulan ker 3 tak ada,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rakan selebriti seperti Nad Zainal turut memberikan pandangannya sendiri.

Lalu, reaksi tersebut dibalas Almy;

Sementara itu, pelakon senior Jasmin Hamid turut memberikan pendapatnya mengenai industri hiburan tempatan.

Terdahulu, Fizz Fairuz dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian di ASK 2019 pada 1 November lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Instagram Almy Nadia

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.