“Dia Bvat Susu Plsang Pula” Neelofa Divsik Macam Nak Bvka Kedai Rvncit.

Mungkin tiada apa yang boleh menghalang usahawan selebriti ini meneruskan empayar bisnesnya.

Setelah sukses dengan hijab, produk kosmetik, baju smart kasual dan terbaharu Neelofa menceburi bidang perniagaan makanan. Lebih menarik, produknya antara yang ‘trending’ saat ini iaitu susu pisang.

Twitter

Mengambil sempena namanya sendiri tetapi dengan ejaan berbeza, Nilofa hadir memberi pilihan produk lokal kepada rakyat Malaysia (susu pisang yang ada di pasaran kini berasal dari Korea).

Jadi, memang tepat lah produknya hadir di kala kegilaan pengguna terhadap minuman susu pisang ini.

Rata-rata warganet teruja untuk turut sama menjadi pengedar produk ini sementara yang lain pula sanggup membeli walaupun belum tahu lagi harga dan rasanya bagaimana.

Rakan artis, Awal Ashaari turut dengan nada bergurau mengusik Neelofa lyang tidak pernah kering idea.

Walaupun belum berada di pasaran secara rasmi, nampaknya strategi pemasaran Nilofa berjaya di mata peminatnya. Dan ianya menjadi bahan jenaka oleh mereka. Kira berjaya lah kan?

Wah! Neelofa maju setapak lagi dan tidak mustahil akan hadir dengan produk pelbagai lagi. Tahniah! –

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Cari

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.