Gadis Terkelvar Dari Tren Sebelum Ditlnggalkan Gara2 Berpavt Pada Palang Pemegang

Bagi yang tidak pernah menggunakan pengangkutan awam, menaiki kereta api buat pertama kali pasti satu pengalaman yang menarik.

Tetapi bagi dua orang rakan ini yang tidak pernah menaiki kereta api bawah tanah, pengalaman pertama mereka menjadi sesuatu yang tidak dapat dilupakan.

Embla Rut yang melawat Copenhagen menaiki kereta api bersama teman lelakinya Gummi dan rakannya Katla apabila mereka mendapat idea untuk melihat siapa yang dapat bergayut lebih lama pada pemegang tangan tren itu.

Dalam rakaman yang dikongsikan, Katla dan Gummi dilihat bergayut dari tempat pemegang ketika tren sedang berhenti di stesen untuk menurunkan penumpang.

Katla kemudian mengaku kalah dan melepaskan tangannya ketika pintu tren masih terbuka dibelakangnya, namun dia hilang keseimbangan dan terkeluar dari tren.

Sebaik dia jatuh terduduk diluar tren, pintu tren itu terus tertutup dan pergi meninggalkan gadis itu yang sedang ketawa geli hati.

Embla yang merakam situasi lucu itu menjadi panik sehingga dia terhantuk pada palang pemegang, namun kumpulan itu bertemu semula di stesen seterusnya 5 minit kemudian.

Gadis itu turut berkata dia tidak dapat melupakan peristiwa lucu itu memikirkan bagaimana rakannya itu boleh terjatuh dan terkeluar tepat pada masanya sebelum pintu tertutup.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Youtube, Story Trender

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.