“Ingat cantik tengok-tengok gemvk” Gadis Kena Tinggal Waktu First Date Sebab ‘Tak Sama Macam Dalam Gambar’

Waktu first date selalunya orang buat apa? Yelah, baru nak berkenalan dan malu-malu lagi so tak ada apa aktiviti sayang nak buat kan? Tapi, cerita first date gadis ni memang sedih sebab dia kena tinggal dengan seorang lelaki dekat kedai mamak!

Selepas 5 bulan berkenalan melalui Instagram dan mesej di Whatsapp, lelaki tu ajak dia jumpa. Masa hari first date tu, dia dijemput dengan kereta dan katanya masa dalam perjalanan ke kedai mamak lelaki tu diam je.

Dia diam saya lagi lah diam. Saya ingatkan dia pemalu ke apa. Tiba-tiba berhenti kat satu kedai mamak. Dia keluar dan beritahu nak beli roti canai. Lepas order dia masuk balik dalam kereta.”

Selang 5 minit dia minta tolong saya ambilkan roti canai. Tanpa fikir apa-apa saya turun pergi ambil. Masa tengah nak ambil tu ada seorang tegur “dik beg adik cicir tu”. Saya pusing dan tengok beg kat lantai dan lelaki itu dah tiada.”

Lepas tu dia tergamam dan tak boleh nak berfikir sekejap sebab tak pernah ada orang buat dia sampai macam tu. Terduduk dia dekat kerusi kedai mamak tu dengan roti canai yang dah dibungkus.

Bila cuba call, lelaki tu tak jawab tapi dia ada hantar mesej yang membuatkan hati gadis ini remuk dan tak sangka wujudnya lelaki yang macam ini di dunia.

“Sorrylah, dalam gambar aku ingat kau cantik, tengok-tengok hodoh. Best tak kena tinggal?”

Betapa sedihnya dia lepas baca mesej tu sampai dia rasa sangat down dan katanya itulah lelaki paling jahat dia pernah jumpa dalam hidup dia.

Ya Allah sedihnya… Jahatnya lelaki ni ya Allah… Paling jahat I pernah jumpa.”

Kalau tak suka sekali pun, tak perlu menghina atau tinggalkan macam tu je. Bapak tak gentleman!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.