Warga Tva Di Chlna Bvat Tai Chi, Pergerakkan ‘Kvrang S0pan’ Tarik Perhatian

Orang China sangat terkenal dengan kerajinan mereka menjaga kesihatan, lebih-lebih lagi di kalangan warga emas.

Malah di Malaysia juga kita sering melihat aunty dan uncle membuat senaman ‘tai chi’ di taman pada awal pagi.

Namun baru-baru ini di China sekumpulan warga emas dilihat melakukan senaman meditasi itu di sebuah taman dengan pergerakkan yang sangat pelik.

Dalam rakaman yang tersebar, kumpulan warga emas itu dilihat sedang berdiri tegak sambil menunjukkan ‘jari tengah’ ke udara sementara diiringi suara rakaman pengajar.

Video tersebut dirakam pemilik halaman Instagram Shanghai yang berjalan-jalan di taman berkenaan sambil memerhatikan aktiviti itu.

Semua warga emas yang terlibat kelihatan sangat khusyuk dalam meditasi mereka sehingga tidak perasan mereka sedang dirakam.

Situasi itu juga mengundang netizen untuk memberikan pelbagai komen lucu.

“Saya patut cuba untuk hilangkan stress…”

“Rupanya saya pun selalu bermeditasi dekat pemandu lain…”

“Saya praktis ketika memandu…”

“Mesti cucu dorang yang ajar…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Story Trender

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.