Elvina Tak Menyesal Kongsi Maslah Rumah Tangga Di IG

Pernah berkongsikan kemelut rumah tangganya di media sosial, pelakon Datin Elvina Mohamad memberitahu dia tidak kisah masalah peribadinya diketahui umum dan tidak menyesal dengan tindakannya itu.

Ujarnya lagi, tindakannya itu juga adalah untuk memberi peringatan kepada wanita diluar sana supaya menjaga batas dengan suami orang. Elvina berkata, peristiwa tersebut juga menguatkan lagi hubungan mereka suami isteri.

“Ia sudah pun berlaku dan saya tidak pernah menyesali tindakan itu. Biarlah masalah rumah tangga diketahui umum sekali pun, asalkan saya dapat memberi peringatan kepada wanita di luar sana supaya menjaga batas apabila berurusan dengan lelaki berstatus suami orang.

“Sebenarnya, saya dan suami sudah pun membuka buku baharu. Kalau boleh, kami sama-sama tidak mahu mengingati kembali peristiwa hitam yang berlaku hampir setahun lalu. Dugaan itu menguatkan lagi kasih sayang kami, malah mengeratkan hubungan saya dan suami,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Elvina berkata dia tidak sepenuhnya meletakkan kesalahan pada suami di atas apa yang berlaku sebelum ini. Katanya lagi, peristiwa itu juga mengajar dirinya untuk lebih berwaspada.

“Dalam hal ini, saya tidak berhak meletakkan kesalahan itu di bahu suami semata-mata. Saya akui turut berbuat silap.

“Saya menjadi lebih berhati-hati bukan sahaja dengan suami, tetapi juga orang di sekeliling, termasuk ahli keluarga sendiri. Jika sebelum ini saya memberi sepenuh kepercayaan kepada semua orang, kini saya perlu menyimpan 20 peratus kepercayaan itu untuk diri sendiri,” katanya.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Elvina diperkatakan apabila dia menyelar tindakan seorang ejen insurans wanita yang didakwa cuba menggoda suaminya. Perkara itu berlaku ketika Elvina sedang berpantang selepas melahirkan anak sulungnya

 

View this post on Instagram

 

My life complete ♥️ #MORaya2019 • 📸 : @wvmphotography 👗 : @iam_inderaloka

A post shared by A Little Lady 🦋 (@elvinamohamad) on


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Roti Kaya

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.