“Nenek pvas duduk rumah” Nenek 83 Tahun Ke KLCC Dengan Kain Batik Dan Berkurung Kedah

Selalunya kalau kita nak keluar ke mall atau jalan-jalan mesti pakai cantik-cantik kan.

Tapi tidak bagi seseorang…

Seorang wanità tua berusia 83 tahun sanggup menaiki LRT ke KLCC semata-mata untuk melepaskan rasa bosan bersendirian dirumahnya.

Bercerita mengenai pengalaman itu, wanita yang dikenali sebagai Dzuriasikim Dzulkefli menerusi Facebook berkata pertemuan secara tidak sengaja dengan seorang wanita tua menyebabkan dia terpanggil untuk menulis mengenai nenek ini.

“Wanita ini bahasakan diri dia nenek. Katanya dia adalah keturunan Baba Nyonya. Datang ke KLCC seorang diri kerana nak berjalan”

“Nenek puas duduk rumah… Nenek naik LRT. Ini nenek pakai baju biasa je. Baju orang pakai kat rumah. Baju tak cantik…”, katanya.

Katanya lagi nenek yang berketurunan Baba Nyonya itukelihatan sangat sopan dan bersih melihat kepada pakaian dan penjagaan dirinya yang rapi.

Cerita nenek ini sebenarnya bukan sahaja mengenai penampilan dirinya yang berkurung Kedah dan berkain batik, malah lebih terarah mengenai nasihatnya kepada Dzuriasikim – mendapat perkongsian di Facebook.

Nenek yang tidak diketahui namanya sempat memberi pesanan supaya tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang isteri, suami dan anak terhadap ibubapa.

Difahamkan wanita berkenaan menetap di Taman Medan, Petaling Jaya – menurut maklumat yang diperolehi netizen.

“Sekarang ni dah teruk. Ada isteri ada boyfriend lain. Tak jaga suami. Ada suami, ada perempuan lain. Tak jaga isteri. Masa muda semua tak ingat tua. Nanti bila dah tua baru mereka ingat apa mereka buat… Adik tak kahwin pun tak apa dik…”, akhirinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.