“I kerja keras bukan untuk pergi lepak mamak” Kerap Ajak Datlng Mamak, Instafamous Tak Suka Covple Dengan Lelakl Melayu

Setiap dari kita terutamanya golongan wanita mempunyai minat dan keinginan sendiri akan lelaki mana yang kita nak pilih sebagai teman hidup. Ada yang suka lelaki simple dan biasa-biasa saja. Ada pula yang suka lelaki berduit dan kerap melayannya dengan beri hadiah.

Baru-baru ni, viral di Twitter video seorang instafamous yang terkenal dengan nama Darling Sara buat pengakuan kononnya dia tak suka ‘berpacaran’ dengan lelaki Melayu. Alasannya mudah je. Dia tak suka dating dekat kedai mamak!

“Sorrylah bukan memilih, i kerja keras bukan untuk lepak mamak. I nak fine dining” 

Seperti yang korang boleh dengar kat video di atas, Sara mengaku yang dia tak suka berpasangan dengan lelaki Melayu kerana mereka kerap ajak dating di kedai mamak.

Baginya, dia lebih memilih untuk makan ala ‘fine dining’ dan sentiasa dikejutkan dengan hadiah daripada pasangan. Tak cukup dengan tu, Sara juga mengaku yang kebanyakan lelaki Melayu tak bertahan lama dengannya sebab dia ni sejenis yang mengada-ada. Oh macam tu…

“Lawak la sis ni, cakap je la nak laki ada duit” 

Rata-rata netizen seperti yang korang dapat agak telah mengecam Sara sebagai gadis yang mengada-ngada dan hanya mencari lelaki yang berduit. Yelah kalau nak makan fine dining, mesti lelaki yang nak belanja tu kena ada fulusss kan? 

“At least this girl is honest. Terus cakap je preference dia. Takde nak berlapis lapis” 

Apa-apapun, ada di kalangan netizen yang setuju dengan kenyataan Sara ni sebab dia straight to the point dan tak berlapik-lapik. Tak adalah dia mempermainkan hati lelaki kat luar sana kan? So lelaki yang nak dekati dia pun tahu type dia macam mana.

So apa pendapat korang? Suka dating mamak ke fine dining? Bagi min, lain orang lain minatnya. Jadi terpulanglah kepada individu tu apa yang dia cari dalam satu perhubungan. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.