“Saya Terpaksa Tulis Supaya” Abby Abadi Ditipv Bekas Pekerja

Pelakon Abby Abadi mendedahkan dia ditipu oleh seorang bekas pekerja yang dikenali sebagai Reena.

Menurut Abby, itu bukan kali pertama bekas pekerjanya itu menipu dan memburukkan namanya kepada orang lain.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

“Dipendekkan cerita, saya ambil dia kerja dengan saya, berdua dengan kawan dia, dalam sebulan dua, ada yang okay, tapi lagi banyak yang tak kena, tapi saya diamkan saja.

“Saya bawa pergi Johor, bincang dengan suami, terus ambil kata putus untuk berhentikan dan bayar gaji dia, bagi duit raya lagi.

“Tak lama selepas diberhentikan, ada hamba Allah beritahu saya yang si Reena ni bagitau kat orang saya tak bayar gaji dia, saya mesej Reena terus hari tu dan  dia dah minta maaf, ok settle satu hal,” tulis Abby sebagai kapsyen.

Tidak lama selepas itu, Abby mendapati bekas pekerjanya itu sekali lagi menggunakan serta memburukkan namanya.

Perkara itu diketahui Abby semalam apabila dimaklumkan oleh seorang pekerja butiknya.

“Masa dia kerja dengan saya, dia ambil kesempatan guna nama saya untuk bodohkan orang dan berhutang, siap suruh bawa buka puasa, suruh bank in duit, beli kuih raya berhutang guna nama saya konon kata saya jual kat Singapore.

“Hari ini (semalam) terbongkar semua apabila orang yang dimainkan itu mesej nombor niaga saya minta saya bayar hutang dia, pembantu butik sekarang pelik dan maklumkan pada saya,” tambah Abby.

Abby merasakan dia perlu berkongsi perkara tersebut kepada umum demi memberi pengajaran kepada bekas pekerjanya itu.

“Minta maaf ya, saya terpaksa menulis ini agar dia ubah perangai sebelum terlambat, jangan sampai jadi ketagih menipu orang, bahaya sikap begini,” tulis Abby mengakhiri ruangan kapsyen.

Di entri itu juga, Abby turut berkongsi foto serta perbualan bersama wanita berkenaan.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dan mencadangkan Abby untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

 

View this post on Instagram

 

Dia buat lagi 💀 . Dia kerja dgn Sy kurang 2 bulan. Tu pun kenal dalam IG ni sbb Sy cari pembantu. Sy ni mudah percaya org. Dia bgtau sblm ni kerja dgn sebuah taska, taska tu tak byr gaji dah 7bulan.. byr gaji tak cukup & mcm2 lagilah . Dipendekkan cerita.. Sy kesian, Sy ambil dia kerja dgn Sy, berdua dgn sorang lagi kawan dia.. dalam sebulan dua, ada yg ok, tapi lagi byk yg tak kena… tapi sy diamkan je.. Sy bawak pergi Johor, bincang dgn suami.. terus ambil kata putus utk berhentikan dia, bayar gaji dia, bg duit raya lagi.. otw balik ke KL, hantar balik terus ke melaka . Nak jadi cerita… bila dia dah diberhentikan… tak berapa lama, dtg pula hamba ALLAH msg sy bgtau yg si reena ni bgtau kat org sy tak bayar gaji dia. Sy msg reena terus haritu tanya dan dia dah minta maaf. Ok settle satu hal. Sy just bg amaran je jgn jual nama sy lagi . Tup2 ada lagi cerita: Setelah 5 bulan berlalu, masa si reena ni kerja dgn sy, tolong jawab order utk butik guna no 0193595121 tu, dia ambil kesempatan guna nama sy utk bodohkan orang & berhutang. Siap guna nama sy, kata Sy suruh org tu bawak dia pergi berbuka puasa, pilih lagi nk berbuka direstoran mana.. pastu suruh bank in duit adik ipar sy nk guna.. (adik ipar manalah tu) pastu suruh bawak keluar jalan2 bawak Daiyan Dayana pergi zoo, beli kuih raya berhutang guna nama sy konon kata sy jual kt singapore . Hari ni baru terbongkar semua bila org yg di permainkan tu msg no berniaga sy minta sy byr hutang dia. Pembantu butik skrg pun pelik & forward semua pada sy. Bila Sy kata Sy tak kenal dia langsung, dia kata Sy berlakon.. Sy cal guna no suami & akhirnya terbukti si reena punya angkara. Dia menyamar jadi sy.. Mmm.. nasib baik kerja sekejap sgt dgn sy. Kalau tak panjang lagilah cerita ni . Harap dia ambil pengajaran kali ni. Ini amaran supaya jgn gunakan nama Sy lagi ye. Masa kerja butik sblm ni pun cash langsung takde, takde sale katanya.. sypun pelik dah sbb sblm tu org lain jaga ok je jualannya. . Minta maaflah ye. Sy terpaksa menulis ni agar dia ubah perangai dia sblm terlambat. Jangan sampai jadi ketagih menipu org. Bahaya sikap begini.. sikit lagi tau nama Sy nk diviralkan angkara dia ni. Cari pasal sungguhlah

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.