Suami Tak Mahu CeraI Lufya, Mahkmah Arah Lantik Pendamai

KEMELUT rumah tangga pelakon Lufya Omar terus berpanjangan apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum enggan menceraikan isterinya itu.

Sehubungan itu Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Petaling Jaya memerintahkan pasangan itu melantik ahli jawatankuasa pendamai (JKP) dalam kes penceraian berkenaan.

Sehubungan itu Hakim Syarie Shukran Yusof menetapkan 10 Disember depan untuk kedua-dua pihak melantik wakil JKP mereka.

Sebelum ini Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 34, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Lufya bersama anaknya, Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

Pada prosiding yang berlangsung pada Isnin, Lufya yang juga bintang Akademi Fantasi diwakili peguam syarie Fadhlina Siddiq manakala Dr Che Muhammad Hafiz diwakili peguam Muhammad Hilmi Musa.

Lufya ketika ditemui di luar mahkamah meluahkan rasa pelik apabila suaminya enggan meneruskan penceraian.

“Pelik, sebelum ini Hafiz sudah hebohkan dia dah ceraikan saya melalui Whatsapp namun tiba-tiba hari ini dia enggan meneruskan prosiding tersebut,” katanya .

Sementara itu Dr Che Muhammad Hafiz juga enggan mengulas mengenai keputusannya untuk menolak permohonan cerai yang difailkan Lufya.

“Saya tak dapat ulas lebih lanjut mengenai keputusan hari ini, saya hanya mengikut nasihat daripada pihak peguam.

“Jawatankuasa pendamai  pun saya tak dapat dedahkan buat masa kini,” katanya.

Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Mstar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.