Baik Dengan Keluarga Ally Iskandar, Farah Lee Dah Anggap Beks Suami Seperti Abang Sendiri

Bukan mudah untuk tetap berbaik dengan keluarga mertua apabila sudah bercerai dengan pasangan. Kadang-kadang, punca perpisahan itu disebabkan oleh keluarga mertua sendiri. Atau pun, rata-rata lebih selesa mengelak daripada terus berhubungan dengan bekas keluarga pasangan supaya dapat mengelakkan situasi yang kekok.

Namun begitu, tidak pula bagi Farah Lee yang sehingga ke hari ini masih lagi baik dengan keluarga Ally Iskandar walaupun mereka sudah berpisah pada tahun 2016.

 

View this post on Instagram

 

. “Bagusnya Farah masih baik dengan keluarga bekas suami.” . Tak. Bukan Farah yang baik tapi mereka yang baik sebab masih sudi terima Farah as a part of their family. Sayang semua banyak sangat. Daddy Maream Farah dah anggap macam abang sendiri (abang yang annoying 🤣), Ibu Maream Farah anggap macam adik, baik sangat selalu keep up dengan khabar ktorg berdua kat sini. . Korang, jangan pernah menyesal dengan kehidupan yang lepas. Siapa kita jumpa, tanah mana kita pijak, lorong mana kita lalu — semua ada hikmahnya dan itulah yang membentuk kita hari ini. . Mungkin kita berkawan dengan seseorang dan hubungan tu endingnya tak seperti yang kita ingin. Tapi, nikmat lain yang Allah iring bersama-sama dengan perjalanan tu jangan pula kita butakan. Farah, Allah gantikan dengan kasih sayang sekeliling yang Farah sendiri tak pernah sangka banyaknya 🥰 . Allah maha Adil. Dia tak pernah zalim. Terpulang pada kita nak fokus kat mana. #FLwrites #ommabebel #FLbalikMALAYSIA

A post shared by FARAH LEE || F. L. (@farahlee_) on

Bahkan, wanita ini masih berhubung elok dengan bekas suaminya sehingga mengakui bahawa dia kini menganggap lelaki itu sebagai abangnya.

Daddy Maream Farah dah anggap macam abang sendiri (abang yang annoying). Ibu Maream Farah anggap macam adik, baik sangat selalu bertanyakan khabar kami berdua di sini.

Menerusi entri Instagram itu juga, Farah meminta agar semua pengikutnya supaya menilai sesuatu kegagalan itu daripada sisi yang positif. Katanya, tidak semua perhubungan akan berakhir seperti apa yang kita inginkan.

Allah maha Adil. Dia tak pernah zalim. Terpulang pada kita nak fokus yang mana.

Luahan hatinya ini telah menerima pujian ramai peminat. Kebanyakan mereka terharu melihat Farah yang langsung tidak menyimpan rasa sakit hati dengan bekas suami mahupun keluarga lelaki itu langsung.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Instagram

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.