“Jangan Jadikan Anak Sebagai Mngsa Keadaan” Dr Che Hafiz Tegur Lufya Omar

Suami kepada penyanyi dan pelakon Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menasihati isterinya agar tidak melibatkan anak mereka, Laana Haura dalam kemelut rumahtangga.

Dalam sebuah kenyataan media, Hafiz enggan memberikan kenyataan mengenai k3s mhkamah.

“Berkenaan dengan k3s mhkamah, saya tidak mahu memberi kenyataan kerana tidak mahu menggangu prosedur dan saya serahkan kepada mhkamah dalam menimbangtara kes kami.

“Berhubung kenyataan peguam beliau mengenai lafaz ceral yang telah dibuat, saya sebagai orang awam telah dinasihati menurut hvkum sy4rak dan undang-undang mengenai situasi sebenar yang berlaku.

“Namun adalah lebih pelik apabila Lufya melalui peguam beliau memfailkan tuntutan perceraian dan bukan pengesahan lafaz yang dibuat jika benar saya lafazkan ceral kepada beliau.

“Adakah Lufya menyembunyikan maklumat sehingga mengelirukan tindakan yang diambil oleh peguam beliau. Saya juga ingin menasihati Lufya supaya hentikan daripada membuat kenyataan media membvruk-burvkkan dan memfltnah saya sebaliknya buktikan di m4hkamah jika benar, jangan sekadar baling batu sembunyi tangan,” katanya.

Tambah Hafiz, dia turut menjawab mengenai isu yang mendakwa dia tidak menghiraukan anak.

“Berkenaan isu saya tidak hiraukan anak dan setelah beberapa bulan baru dapat jumpa anak adalah fitnah dan beliau serta keluarga sendiri tahu apa yang berlaku bila saya ingin berjumpa dengan anak di rumah beliau.

“Sebelum keluar mahkamah semalam, saya memang berjumpa dan meluangkan masa dengan anak disaksikan oleh beliau dan ahli keluarga beliau sendiri malah anak amat rapat dengan saya.

“Hanya setelah anak tersebut pergi kepada Lufya baru saya keluar mahkamah tetapi tidak perasan yang anak mengikuti saya dari belakang.

“Jika benar saya mendengar suara anak saya, takkan sebagai bapa saya sanggup buat tidak endah, dan setelah saya tidak perasan anak.

“Cuma nasihat saya kepada Lufya apa pun masalah antara kami jangan dipisahkan hak saya untuk bersama dengan anak kerana dia juga anak kandung saya, serta jangan wujudkan kesulitan dan/atau kesusahan kerana anak tidak bersalah dan berhak untuk mendapat kasih sayang ibu dan bapa.

“Anak juga adalah keutamaan saya dan amanah yang diberikan untuk saya didik, lindung dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak,” katanya.

Pada Isnin, Lufya terkejut selepas Hafiz enggan menceraikannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof menetapkan 10 Disember depan bagi kedua-dua pihak hadir untuk sebutan semula kes dan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangga mereka.

Terdahulu, Hafiz tidak hadir pada sebutan kes permohonan cerai mereka pada 16 Oktober lalu.

Kisah pergolakan rumah tangga mereka dihidu media pada Oktober tahun lalu hingga diperkatakan ramai.

Ada pihak mendakwa pasangan terbabit mahu berpisah. Namun, menerusi Instagram (IG), Lufya menjelaskan perkahwinan mereka masih utuh dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi.

Pada September lalu, rumah tangga pasangan ini kembali menjadi bualan apabila pelakon itu memuat naik status mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.