Jangan Takvt Dik, Saklt Sikit Je

“TAK nak sunat, nak balik rumah.” Kata seorang daripada 100 kanak-kanak yang menyertai Program Jom Berkhatan 2019 di Masjid Al Faizin, Bukit Rambai, Melaka hari ini.

Gelagat kanak-kanak berusia 11 tahun itu menarik perhatian ramai apabila dia meronta dan berlari ke pekarangan masjid walaupun dibius pegawai perubatan yang menjalankan tugas.

Ibunya dilihat terpaksa mengambil masa lebih 30 minit untuk memujuk anak sulungnya itu yang meronta-ronta mahu pulang.

Ibunya, Zalimawati Md Kasim, 42, berkata, dia terkejut dengan tindakan anaknya itu, Ahmad Haikal Izzuanda Abu Nepah, 11, kerana sebelum ini tidak sabar untuk berkhatan sejak dua minggu lalu.

“Malah pagi tadi pun, dia sudah bersedia tapi bila dibius kira-kira jam 10 pagi, dia terkejut ketakutan dan melarikan diri apabila melihat ramai kanak-kanak menangis dan menjerit.

“Alhamdulillah selepas dipujuk, anak sulung saya sedia dikhatankan dan mahu menjadi peserta terakhir dikhatankan mungkin sebelum jam 1 tengah hari,” katanya ketika ditemui hari ini.

Program anjuran bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Rambai, MPKK Paya Mengkuang, Masjid Al Faizin dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bukit Rambai itu dirasmikan Ahli Parlimen Tangga Batu Dr Rusnah Aluai.

Hadir sama Pengerusi MPKK Bukit Rambai, Mohd Nasir Mamat.

Menurut Rusnah, seramai 100 kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun menyertai program berkenaan sempena musim cuti sekolah kali ini.

“Saya difahamkan peserta hanya menyumbang sebahagian daripada kos iaitu hanya RM40 manakala kanak-kanak daripada golongan asnaf diberikan secara percuma,” katanya.

Sementara itu Mohd Nasir berkata, program berkenaan adalah yang pertama kali dianjurkan di Bukit Rambai dan berharap dapat diadakan setiap tahun melalui bantuan pelbagai agensi kerajaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :metro

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.