“Mengharapkan Keajaiban” Hampir Berusia 3 Bulan, Bayl Abby Abadi Sudah Naik Berat Badan

Mengucapkan kesyukuran atas perkembangan positif bayi pra-matang, jelas Abby Abadi, berat Muhammad Danial Firman Faizal kini sudah mencapai 924 gram dan mampu minum susunya.

Tulisnya, menurut doktor sebarang kemungkinan boleh berlaku memandangkan Danial lahir dalam keadaan tidak cukup bulan.

Beratnya makin naik. 924gram dah. Minum susu Mama pun ok, Alhamdullillah.

“Masih dalam inkubator, masih bernafas mengunakan machine… Panjang lagi perjalanannya.

“Jumpa Pakar baru2 ni, katanya: Baby Danial lahir dalam keadaan yg belum bersedia, jadi dalam usianya yg baru 56 hari, berbagai kemungkinan buleh berlaku,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

Muhammad Danial Firman Faizal ❤️ . Beratnya makin naik. 924gram dah. Minum susu Mama pun ok, Alhamdullillah 😇 . Masih dalam inkubator, masih bernafas mengunakan machine… Panjang lagi perjalanannya . Jumpa Pakar baru2 ni, katanya: Baby Danial lahir dalam keadaan yg belum bersedia, jadi dalam usianya yg baru 56 hari, berbagai kemungkinan buleh berlaku . Masih dalam Zon kritikal, jadi Sy hanya mengharapkan DOA berterusan dari Sahabat2 disini. Sebab tu, tak banyak yg Sy buleh cerita. Takut tersalah info pun ye juga . Setelah USAHA, Hanya DOA yg dapat mengubah nasib Baby D Sy. Tawakal hanya pada ALLAH. Sy & Suami @jaiezzany yakin Baby Danial Sy kuat & akan balik rumah kurang 2 bulan lagi inshaALLAH.. Amin 🥰 . Mohon doakan ye ☺️

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Masih berada dalam zon kritiikal, pelakon Gerak Khas ini terus mengharapkan keajaiban agar kesihatan anak pramatangnya terus bertambah baik.

Masih dalam Zon kritiikal, jadi Sy hanya mengharapkan DOA berterusan dari Sahabat2 disini. Sebab tu, tak banyak yg Sy buleh cerita. Takut tersalah info pun ye juga.

“Setelah USAHA, Hanya DOA yg dapat mengubah nasib Baby D Sy. Tawakal hanya pada ALLAH. Sy & Suami @jaiezzany yakin Baby Danial Sy kuat & akan balik rumah kurang 2 bulan lagi inshaALLAH.. Amin, Mohon doakan ye,” tulisnya lagi.

Abby selamat melahirkan bayi lelaki pada 27 September lalu ketika enam bulan di dalam kandungan.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan pertamanya bersama aktor Norman Hakim, Abby dikurniakan tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :MH

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.