”Palsv. Ini saya, mngsa dipvkul supporter Malaysia di Bukit Bintang” Mngsa tampil nafi dkwaan Syed Saddiq

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bahawa video yang viral di media sosial mendakwa penyokong Indonesia dipukul adalah berita palsu dan fitnah yang amat teruk.

“Kepada rakan-rakan di Indonesia, tolonglah jangan percaya ‘hoax’, berita palsu, fitnah yang mengatakan ada penyokong Indonesia yang dipukul dan ada penusukan dikatakan dilakukan oleh penyokong Malaysia,” katanya yang juga telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, mangsa yang dikenali sebagai Yovan tampil memuat naik video pengakuan bahawa kejadian itu benar berlaku di Bukit Bintang.

“..setelah mendengar kenyataan dari Menteri Belia dan Sukan Malaysia, saya sangat berasa sedih dan kasihan kerana menteri boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Ini saya, salah seorang mangsa yang berada di Bukit Bintang pada malam itu. Saya ingin menjelaskan bahawa video itu benar, bukan hoax. Ini adalah buktinya, ini adalah kebiadaban supporter Malaysia pada malam itu.

“Ini adalah yang asli, bukan hoax,” katanya yang sudah pulang ke Indonesia sejak Rabu lalu.

Yovan menuntut Syed Saddiq memohon kepada Indonesia di atas kejadian itu dan menegaskan dia sudah membuat laporan polis dan diberikan bantuan perubatan dengan bantuan beberapa rakyat Malaysia pada malam kejadian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :The reporter

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.