“Utamakan Pelakon Lama.Ada Yang Masih Tiada Job” Siti Elizad Setuju Larngan Finas Solek Pelakon Muda Jadi Tua

Pelakon dan penyampai radio Sinar, Siti Elizad Sharifuddin bersetuju dengan peraturan terbaru yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang melarang pelakon muda disolek untuk memegang watak orang tua.

Menurut Elizad, pelakon dari generasi lama harus diberi keutamaan kerana mereka dapat membantu serta memberi tunjuk ajar kepada pelakon baru.

“Secara peribadi sebagai seorang pelakon, kita harus utamakan pelakon dari generasi lama kerana mereka memang berbakat, kita ada Wan Maimunah, Fauziah Nawi dan ramai lagi.

“Sekarang pelakon baru muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan, jika pelakon-pelakon senior diberi keutamaan, sudah tentu pelakon-pelakon baru dapat menimba ilmu dari mereka ketika bekerjasama dalam sesebuah drama ataupun filem.

“Saya setuju dengan peraturan terbaru dari Finas itu kerana saya juga akan menjadi tua suatu hari nanti, tak salah kalau industri hiburan tempatan keluarkan semula pelakon lama kerana jika dilihat, masih ramai antara mereka yang tiada kerja kerana tidak menerima tawaran lakonan,” kata Elizad

Elizad berkata demikian ketika ditemui di Konsert Koo with Cuckoo bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon malam tadi.

Tambah Elizad, solekan menuakan wajah sesuai digunakan jika melibatkan watak mengalami penyakit seperti Leukimia.

“Bagi saya, solekan menuakan wajah boleh digunakan untuk watak melibatakan penyakit seperti Leukimia.

“Kebiasaanya, pesakit Leukimia akan mengalami kedutan, kulit akan jatuh sedikit dan kelihatan lesu, solekan sebegini tidaklah menjadi isu,” tambahnya.

Rabu lalu, pengurusi Finas, Datuk Hans Isaac mengeluarkan kenyataan bahawa semua stesen televisyen tidak akan membenarkan pelakon muda disolek untuk memegang watak tua dalam drama dan telefilem terbitan mereka bermula Januari tahun hadapan.

Difahamkan, peraturan terbaru itu bertujuan untuk memastikan jaminan pelakon veteran masih ditawarkan pekerjaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.