“2nd single” Ben Ladin syukur lagu ‘Hikayat Benladin’ cecah 24 juta

Tidak dinafikan single solo pelakon dan penyanyi muda dikenali sebagai Ben Ladin yang bertajuk Hikayat Benladin mendapat respon luar biasa dari peminat pada tahun lalu.

Terbaru, penyanyi Ben Ladin menerusi laman Instagram meluahkan rasa syukur apabila video muzik lagu popular tersebut yang mana telah dikeluarkan pada 19 Julai tahun lalu itu di YouTube telah mencecah lebih 24 juta tontonan.

“Syukur Alhamdulillah. 24,000,000 million views. Thank you to all my fans, friends, family and tak lupa juga kepada peminat (Abang Malique.) Yang support lagu (Hikayat Benladin) sehingga ke tahap ini.

Ben melalui kapsyen di posting juga mengucapkan terima kasih atas sokongan dan menganggap lagunya itu tidak ketahap berkenaan tanpa sokongan mereka.

Lagu nyanyian Ben ini merupakan hasil ciptaan Malique dan lirik pula ditulis oleh Dedeq dan dapat dilihat juga ramai memberikan pelbagai respon positif diruangan komen video muzik terbabit dilaman YouTube.

Bagaimanapun, Ben menerusi posting dilaman Instagram itu juga memberikan bayangan akan mengeluarkan single yang kedua pula.

“Don’t worry 2nd single coming soon. Stay Tuned!,” ujarnya di Instagram.

Diruangan komen perkongsian video lagu tersebut disamping meluahkan rasa syukur, peminat Ben yang mengikuti perkembanggan itu turut meninggalkan pelbagai komen pujian.

Pelbagai komen ditinggalkan

Dalam pada itu juga, peminat turut tertanya-tanya lagu seterusnya dari penyanyi muda ini dan Ben turut memberikan respon kepada pertanyaan mereka.

Terbaik adik. Lirik sangat bagus

Diruangan komen juga, ada netizen yang mengucapkan tahniah buat Ben Ladin selain turut memujinya dan mengatakan lirik pada lagu tersebut juga sangat bagus.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Ben Ladin, YouTube

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.