6 Tahun Jadi Ibu Tvnggal, Wanita Ini Bangga Besarkan Anak Seorang Diri

Setiap pasangan suami isteri pasti mengharapkan rumah tangga masing-masing berkekalan hingga ke akhir hayat.

Namun, tidak semua pasangan mampu mengecap kebahagian selama-lamanya. Ada kalanya perkahwinan yang dibina berakhir dengan pencer4ian.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Elia telah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi kisahnya bergelar ibu tunggal dan membesarkan anak lelaki seorang diri.

Meskipun terpaksa memegang status janda di usia yang cukup muda, Elia tetap positif dan redha menerima takdir Ilahi.

Menurut wanita yang berasal dari Johor ini, dia menerima pelbagai tanggapan buruk daripada masyarakat dan orang sekeliling ketika di awal pencer4iannya enam tahun lalu.

Bukan itu sahaja, bekas suaminya juga bersikap acuh tidak acuh dalam memberikan nafkah buat anaknya, Naufal.

Bagaimanapun, Elia terus cekal dengan memberikan sepenuh kasih sayang buat anak tunggalnya tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.

Sementara itu, status yang dimuat naik Elia itu telah meraih lebih 2 ribu retweets dan 8 ribu tanda suka.

Rata-rata netizen yang membaca perkongsiannya turut memberikan ucapan tahniah selain berbangga dengan semangat dan ketabahan yang ditunjukkannya.

Mereka juga memuji transformasi yang dilakukan Elia yang nampak lebih jelita berbanding dahulu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Twitter / http://cempedakcheese.com

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.