“Cinta Terpenjra Dalam Kaamar Derlta” Mufti Perlis, Dr Maza Kecwa Majlis Kahwin Pasang Lagu Sedlh

“Saya tak pasti apakah lagu-lagu sedih itu sesuai untuk hari kegembiraan?!”

Jelas terpancar kekecewaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung pemilihan lagu sedih dalam majlis perkahwinan.

Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza meluahkan kekecewaannya itu menerusi Instagram ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan yang tidak dinyatakan lokasinya.

“Apakah percintaan itu hanya menjadi indah jika dibaluti kisah kecewa dan sedih?!” ujarnya.

Jelasnya, bukan cinta namanya jika ‘terpenj4ra dalam kamar derit4’. Cinta adalah keindahan.

“Cinta adalah manifestasi rasa yang mendalam yang berakar dalam jiwa.

“Cinta juga bukan satu kebod0han sehingga membazir air mata menangisi orang yang tidak setia dan tidak sudi,” tegasnya.

Sehubungan itu, Dr Maza menasihati supaya pihak bertugas yang dijemput tuan rumah supaya bijak memilih lagu.

Ramai yang bersetuju dengan perkongsian Dr Maza.

“Jangan nyanyi pelamin anganku musnah.. Hancur,” seloroh warganet.

Pun begitu, ada juga yang menyifatkannya sebagai hiburan semata-mata.

Ada betulnya juga apa yang disampaikan Dr Maza. Kata-kata itu suatu doa. Apa pula perasaan pengantin yang didendangkan lagu dengan bait kata sedih?

Apapun, terpulang kepada persepsi masing-masing.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :CARI

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.