Bertekak Gara-Gara Nak Beli Rumah Kedua, Apa Kena Pula Awal Dan Scha Ni

Jarang kita dengar pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya terpalit dengan sebarang kontroversi, sebaliknya mereka berdua tampak bahagia bersama si kecil Lara Alana. Namun, terdapat sumber berkongsi video pendek pasangan berkenaan bertikam lidah di sebuah kawasan kediaman mewah, baru-baru ini.

Menurut sumber, semuanya terjadi selepas mereka tiba dan melawat sekitar kawasan berkenaan. Kagum dengan gaya hidup kawasan perbandaran berkenaan, salah seorang daripada mereka mula sedar bahawa inilah kehidupan sebenar yang dicari. Lantas, perang mulut pun berlaku.

Pendapat masing-masing bercanggah

Berdasarkan video berkenaan, kedengaran perbualan pasangan itu yang sedang mencari rumah kedua berdebat bahawa rumah semi-D memadai untuk keluarga kecil mereka setakat ini. Namun, lain pula pendapat Awal yang mahu melawat unit banglo yang ada.

Selepas melawat beberapa unit banglo di sana, pasangan berkenaan bercanggah pendapat berkenaan rumah yang sesuai untuk keluarga mereka.

Nak pindah Johor Bahru

Tak cukup dengan itu, Awal pula menyuarakan pendapat untuk menetap di Johor Bahru selepas bersara membuatkan Scha tak senang duduk kerana beliau tidak mahu berpindah ke sana. Lantas, Scha memujuk Awal untuk membeli rumah kedua di ibu kota.

Setuju dengan cadangan itu, Awal mula melawat beberapa rumah di kawasan berkenaan namun memilih untuk mendapatkan rumah yang melebih bajet mereka. Sebagai isteri, haruslah Scha menasihati Awal untuk tetap dengan bajet yang ditetapkan supaya tidak susah di kemudian hari kan?

Adakah Awal & Scha berjaya mendapatkan rumah ideal mereka?

Jangan risau, ini hanyalah lakonan semata-mata. Sebenarnya, Awal dan Scha nak bantu penonton untuk mendapatkan rumah impian dengan EcoWorld. Semuanya cantik-cantik belaka, sampai Awal dan Scha sendiri pun pening.

Jadi, jangan lupa saksikan ragam pasangan popular itu dalam Misi Rumah Impian yang dibawakan khas oleh EcoWorld bermula 27 November hingga 5 Disember ini, setiap Rabu dan Khamis, pada jam 9.50 malam di TV3.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :VOCKET

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.