“Haa teman bakor mike kang” Lepas Isv ‘Jalur Gemilang’, MABA Bvat Hal Lagi Bendera Negeri Perak Pulak Terbalik

Belum lagi reda isu Malaysia Basketball Association (MABA) yang memaparkan gambar Jalur Gemilang yang salah semasa kejohanan bola keranjang peringkat kebangsaan, kali ini muncul pulak isu baru.

Netizen semalam kecoh di Twitter selepas tular satu gambar yang menunjukkan seorang pemain bola keranjang memakai jersi dengan gambar bendera negeri Perak dalam keadaan terbalik. 

“Ini bendera Perak Darul Ridzuan ke negeri lain?” 

Gambar yang telah di ‘screenshot’ Facebook story MABA ini menunjukkan seorang pemain wakil Perak memakai jersi merah dengan bendera negeri tersebut dalam keadaan terbalik. Laa dah kenapa dorang ni? 
“Aku sebagai orang Perak rasa nak mengamok heee” – Netizen

Seperti yang korang semua boleh agak, rata-rata netizen memang marah sangat dengan apa yang dilakukan MABA. Sepertinya mereka langsung tak tahu menahu tentang bendera negara dan negeri-negeri dalam Malaysia ni. Orang Perak mesti tengah sentap sekarang kan??

Isu ini juga mendapat perhatian penyanyi Adibah Noor yang tidak puas hati dengan apa yang berlaku.

Harapnya pihak kerajaan dan YB Syed Saddiq lebih tegas dan teliti dalam isu berkaitan Jalur Gemilang dan bendera negeri lain ini. Pelik betul bila rakyat sendiri tak tahu rupa bendera negara yang mereka diami. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.