Tular Video Chacha Maembong Berbikini Dan Berjoget Sakan Di Bali

Sedang Abang Nara cuba melelapkan mata malam semalam, tiba-tiba diri ini menerima beberapa buah video yang menunjukkan beberapa orang gadis sedang berhibur. Menurut si pengirim video, salah seorang daripada gadis tersebut ialah pelakon Chacha Maembong.

Memakai bikini berwarna oren di dalam video tersebut, gadis mirip Chacha Maembong ini dikatakan sedang berparti di Bali bersama rakan-rakannya. Jelas mereka sedang bergembira dan berseronok dapat meluangkan masa bersama-sama,

Tiada apa yang salahnya untuk seorang gadis seperti Chacha Maembong untuk menikmati kehidupan zaman remajanya dengan berhibur bersama rakan-rakan tercinta. Namun adalah lebih baik sekiranya aksi-aksi sebegini tidak dirakamkan, lebih-lebih lagi jika anda ialah seorang selebriti. Kenalah jaga reputasi diri kan?

Berdasarkan informasi yang diberi, video tersebut telah dimuatnaik oleh rakan gadis mirip Chacha Maembong ke Insta Storynya. Jadi sudah tentu bukan niat pelakon itu untuk menonjolkan dirinya sedang berparti sambil berbikini sebegitu. Namun mungkin di masa hadapan, selebriti-selebriti boleh memaklumkan kepada rakan-rakan supaya jangan memuatnaik video yang mampu menjatuhkan nama baik mereka. Tak gitu?

Apa pun kita tunggu penjelasan daripada Chacha Maembong. Sama-sama kita nantikan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :CARI

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.