“Gaji RM1500 Tapi Bvat Kerja Macam Gaji RM5000, You’re Underpaid”Hazeman Huzir

Baru-baru ini pelakon dan model Bella Dally berkongsi mutiara kata di akaun Twitter miliknya tentang keikhlasan dalam melakukan sesuatu pekerjaan pasti akan mendapat balasan yang baik dan setimpal walaupun bukan dalam bentuk wang ringgit.

“Yakinlah, kalau gaji cuma RM1,500, tapi buat kerja macam gaji RM5,000, Allah akan bayar dengan cara yang lain.”

Bagaimanapun, perkongsian tersebut menyebabkan perdebatan di kalangan pengguna laman sosial tersebut yang rata-ratanya tidak bersetuju termasuklah pengacara Motif Viral, Hazeman Huzir.

“Dear, kalau gaji RM1500 tapi buat kerja RM5000, that means you are under paid,” tulis Hazeman sambil mengulang kicau (retweet) posting Bella tersebut.

Tidak bersetuju dengan mutiara kata itu, Hazeman berkata sekiranya bekerja seolah-olah bergaji RM5000 tetapi hanya dibayar RM1500, itu bermakna seseorang itu tidak mendapat gaji yang setimpal dengan apa yang dilakukan olehnya.

“Bersyukur is one thing. Being sensible is another.”

“Jangan baik sangat please. Kalau kau mati, companies boleh ganti you macam tu je. Everyone is replaceable.”

Dalam pada itu ramai yang bersetuju dengan pendapat Hazeman dan turut merasa yang kebanyakan majikan hanya mengambil kesempatan terhadap pekerja mereka.

Tidak kurang juga menyokong Bella kerana faham apa yang cuba disampaikan oleh Bella iaitu keberkatan dalam bekerja.

Bagi penulis, keberkatan dalam sesuatu perkerjaan itu penting. Kalau nak gaji yang kita dapat tu berkat, kerja kena ikhlas dan tidak mencuri waktu. Tetapi sekiranya majikan sudah melampau dengan memberi pekerjaan yang berlebihan sedangkan orang atasan gaji berpuluh ribu tapi kerja macam orang bergaji RM1000, sebaiknya carilah pekerjaan lain.

Apa pun semuanya terpulang kepada setiap individu. Periuk masing-masing, kan. Jangan sampai ‘depression’ sudah!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :CARI

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.