Jadi jutawan dan miliki wisma sendiri, Aeril Zafril imbau kenangan susah senang bersama Wawa

Berkat usaha dan kesungguhan tidak mustahil sesiapa sahaja mampu untuk berjaya. Begitu juga dengan pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang kini sudah bergelar ahli perniagaan yang berjaya.

Baru-baru ini, Aeril menerusi perkongsian di IG telah meluahkan rasa syukur kerana hasil usahanya bersama isteri selama tiga tahun akhirnya membuahkan hasil apabila dia kini berjaya memiliki wisma sendiri.

Mula kerja dari rumah jer

Mengimbau kenangan ketika di awal permulaan perniagaan Wawacosmetic, Aeril berkata dahulunya mereka hanya memulakan kerja daripada rumah.

Jadi, segala urusan jual beli termasuk mengambil pesanan dan menghantar barang, kesemuanya dilakukan sendiri oleh pasangan suami isteri itu tanpa ada pekerja.

“Wawa la ambil order whatsapp, wawa la yg tulis order, & saya pulak tukang hantar barang ke poslaju…”

Kini dah ada 20 staff dan 1,000 penjual

Bagi Aeril, dia memanjat syukur dengan rezeki yang dikurniakan dan berterima kasih kepada Wawa kerana bersama-sama dikala susah mahupun senang, demi menjayakan perniagaan mereka.

Kini, pasangan selebriti sudah bergelar jutawan dan mempunyai 20 orang pekerja serta memiliki 1,000 penjual yang akan memasarkan produk keluaran mereka.

Tahniah! Semoga terus berjaya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikutnya di Instagram mengucapkan tahniah atas kejayaan mengembangkan empayar perniagaan bersama isteri tercinta.

Rezeki itu ada dimana-mana dan dalam pelbagai cara, jika kita bijak dan tahu mengambil peluang tidak mustahil untuk kita juga mampu meraih kejayaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Aeril Zafril

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.