Haniff Elak Komen Status Perkahwinan Demi Anak

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah… Saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Kami berdua mengambil giliran menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai ibu bapa. Malah, pendekatan yang diambil juga seperti memberikan impak positif buat kami sekeluarga.”

Demikian reaksi penyampai radio, Haniff Hamzah, apabila diajukan persoalan mengenai status rumah tangganya bersama Wan Katherina atau lebih mesra dengan sapaan Kathy.

Haniff, 34, berkata tindakannya tidak memberikan sebarang komen berhubung perkara terbabit bagi melindungi keluarga dan dua anak lelakinya, Tuah Kaliff, 7, dan Jebat Kaliff, 5.

“Apabila tiba masanya nanti, kami akan keluarkan kenyataan bersama. Saya tidak mahu mengeluarkan kenyataan daripada sebelah pihak sahaja.

“Demi anak-anak, saya tidak mahu isu ini diperbesarkan dan saya berharap semua pihak dapat memahami keadaan kami. Anak-anak kami masih bersekolah. Saya sudah pun menjelaskan status sebenar kami kepada ahli keluarga dan rakan rapat. Mereka sudah tahu mengenainya.

“Saya juga bukan melarikan diri daripada pihak media, cuma saya lebih selesa mengulas mengenai perihal kerja berbanding soal peribadi. Terima kasih kepada semua pihak yang memahami situasi kami,” katanya kepada BH Online.

Penyampai radio yang juga pengacara itu mendirikan rumah tangga bersama Katherina, 36, pada 12 Jun 2010.

Sebelum ini, khabar angin perkahwinan pasangan itu dilanda badai bertiup kencang apabila mereka memadamkan gambar bersama di laman sosial. Menguatkan spekulasi, masing-masing tidak lagi saling mengikut di Instagram.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :BH

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.