Isteri bengng kenalan tiada adab, kau panggil gemok “Salah ke berisi, kalau kurus cakap ambil barang pula”

Sabariah Zakaria yang merupakan isteri kepada penyanyi Ameng meluahkan rasa bengang apabila segelintir individu mengelar saiz badan suaminya yang dilabel semakin berisi atau gemuk.

Menurut Sabariah, dia tidak suka menerima mesej daripada individu yang sibuk mempersoalkan tentang fizikal Ameng tambahan pula dengan tujuan berkaitan produk pelangsingan badan.

Ini komen bengang daripada isteri Ameng:

“Sebelum ini ramai juga yang tegur kata Ameng semakin gemuk… cumanya kali ini apabila ada seseorang memulakan perbualan di mesej menegur mengenai saiz badan Ameng, saya rasa ianya sesuatu perkara yang agak sensitif.

“Dia dan saya tak kenal rapat jadi rasanya ayat yang digunakan agak kurang sopan dan tidak beradab… dia mesej dan tegur mengenai saiz badan itu semata-mata nak suruh Ameng sertai perniagaan untuk kuruskan badan.

“Saya tak menafikan tentang saiz badan Ameng, tapi sikap segelintir orang yang menjadikan saiz badan sebagai topik perbualan seperti tak pandai nak menjaga hati orang lain. Salah ke kalau badan dia berisi, nanti kalau kurus orang cakap ambil barang terlarang pula!,”

“Teguran sedemikian boleh buat empunya badan tertekan, saya tahu dia dah cuba kawal pemakanan dia tapi tidak terlalu obses nak kurus macam zaman muda-muda dulu. 

“Dia pun dah letih dengar orang cakap dia gemuk, dia dah cuba macam-macam sebelum ni sampai satu tahap… ianya memenatkan nak jaga mulut-mulut orang ni dan dia belum lagi sampai tahap nak jumpa doktor.

“Lumrahlah, bila kita dah berumur metabolisma kurang, kita akan cepat berisi. Tak apalah suami, siapa pun awak saya tak kisah apa orang nak cakap, cuma itulah kadang-kadang mereka ni kena sound juga!,”

“Lepas saya tulis status tu ramai pula mesej minta maaf kalau ada tersalah cakap sebelum ini… saya bukan melenting atau marah cuma rasanya perlu tegur tindakan mereka itu

“Tak salah nak bergurau tapi kena tengok keadaan dan cara memulakan perbualan terlebih dahulu, bukan terus tegur mengenai saiz badan orang.

“Buat masa ini Ameng okay sahaja apa pun orang nak cakap tentang saiz badan dia, tapi sebagai manusia biasa mungkin hatinya ada tergores apabila selalu sangat topik saiz badan jadi perbualan. Bagi saya, dia sihat sudah memadai, Alhamdulillah!,” 

Isteri kepada penyanyi Ameng telah meluahkan rasa tak puas hatinya pada jumaat lepas apabila ramai yang sibuk mengatakan bahawa suaminya itu kini gemuk dan berisi.

Disebabkan status tersebut rata-rata ramai yang sudah menghantar mesej dengan menyatakan permohonan maaf mereka kerana mengata bentuk fizikal suaminya yang semakin berisi.

Ish tak baik tau cakap macam tu pada orang, kita sebagai manusia kena lah saling menghormati di antara satu sama lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Pen Merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.