‘Bangunlah sayang…’ Rintlhan isteri kepada suami yang k0ma, undang sebak

“SAYANG kerja elok-elok, jaga diri, bi sayang sayang sampai bila-bila.” Itu ungkapan seorang suami kepada isterinya, Balqis Saidi, 22, sebelum kemal@ngan yang akan diingati wanita itu sepanjang hayatnya.

Bukan saja itu, sebelum kemal@ngan, suaminya, Alif Iskandar Azlisham, 22, sempat mengucup dahi dan pipinya lama seperti kebiasaan.

Namun, siapa sangka takdir Ilahi, Alif Iskandar kini k0ma di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah selepas kemalangan di Lebuhraya Gurun menghala Pendang, semalam, 40 minit selepas menghantar Balqis di tempat kerja di Sungai Petani.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, Alif Iskandar yang menunggang motosikal menghala ke Songkhla, Thailand untuk urusan perniagaan dalam taliannya terlangggar belakang sebuah kereta yang berhenti di lorong kecem@san.

Balqis berkata, ketika ini, dia hanya mendoakan keajaiban untuk suaminya sedar dan pulih seperti biasa.

“Saya hanya nak dia bangun, saya rindu suami,” katanya ketika dihubungi.

KEMAL@NGAN yang menyebabkan Alif Iskandar kini k0ma. FOTO Ihsan FB Balqis Saidi.

Tular gambar Alif Iskandar yang memegang kek ‘unicorn’ untuk membuat kejvtan kepada isterinya sehari sebelum kemal@ngan serta rint1han Balqis yang meminta suaminya bangun daripada k0ma.

Balqis berkata, keadaan suaminya agak kr1t1kal dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.

“Suami belum sedar lagi dan pat@h tiga tempat di kaki kiri, kedua-dua tangan, tulang kedua-dua mata, hancur dagu dan luka rahang.

“Ketika ini, saya betul-betul mengharapkan doa orang ramai untuk suami bangun, hanya Allah tahu betapa saya rindu dengan suami dan harap ada keajaiban berlaku,” katanya.

Menurutnya, dia tidak sangka sehari sebelum kemal@ngan suaminya membuat kejvtan membawa kek ‘unicorn’ yang diingininya ke tempat kerja sempena ulang tahun kelahirannya.

“Tapi saya tidak sangka pula ada ‘kejvtan kedua’ suami, namun kejvtan ini tanpa senyuman dan suara suami.

“Saya menerima panggilan daripada ibu memberitahu suami kemal@ngan dan bergegas ke hospital, melihat keadaannya membuat hati saya sed1h,” katanya.

Balqis yang bekerja sebagai pembantu spa kecantikan berkata, tidak sangka hadiah ulang tahun kelahirannya tahun ini diwarnai dengan suka dan duk@, lebih-lebih lagi usia perkahwinan mereka yang masih tidak sampai setahun.

“Saya berharap orang ramai dapat mendoakan suami saya sedar dan pulih seperti biasa, itu saja yang saya mahu ketika ini,” katanya.

VIDEO:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Mymetro

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.