Gara2 Hairul Azreen edit foto khas ini, Fify dikatakan iras Ariel Peterpan

Hairul Azreen menerusi Instagram berkongsikan sekeping foto khas buat Fify Azmi yang membawa watak sebagai adiknya dalam filem yang kini menjadi perhatian ramai, Wira.

Manakan tak, meskipun pertama kali beraksi di layar perak pelakon baru ini sudah mendapat pujian ramai dalam filem tersebut.

Hairul puji Fify

Malah, Hairul juga memuji kesungguhannya membawa watak sehinggakan sanggup memotong rambut dan turut bangga dengan semangatnya yang tidak putus asa.

Selorohnya juga, dia sudah 3x termuntah semasa melakukan edit gambar Fify khas buat adiknya itu membuatkan ramai terhibur.

“Adik abg edit ni khas utk kau! Walaupun 3x abg termuntah masa buat editing gambar kau ni. Btw abg nak ckp, abg bangga dgn kau, dgn semangat kau yg tak give up!”

Posting Hairul ini meraih lebih 63 ribu tanda suka daripada netizen dan pelbagai komen juga ditinggalkan buat adik beradik dalam filem hebat itu.

Namun apa yang menjadi perhatian juga, Fify yang berambut pendek itu membuatkan netizen mengatakan dia seiras dengan penyanyi popular, Ariel Peterpan.

 Ariel Peterpan

Dalam pada itu, netizen turut meninggalkan maklum balas positif mengenai filem lakonan mereka itu diruangan komen dengan mengatakan filem terbabit memang terbaik.

Terbaik citer ni…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Hairul Azreen

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.