“Saya Dah Berplsah Dengan Isteri Dah Lama. Tolong Jangan Ungklt Lagi” Datuk Boy Iman Dedah Cerita Sebenar

Pelakon dan usahawan, Datuk Boy Iman atau nama sebenarnya, Noruliman Abdul Rahman mendedahkan dia sudah pun berpisah dengan isterinya pada April tahun lalu.

Perkongsian tersebut yang dibuat menerusi media sosial itu antara lain memberi kesempatan buat pelakon Blok 404 itu untuk meluahkan apa yang tersirat di hatinya selama ini.

“Maka ramailah yang bertanya khabar, menyatakan simpati, meluahkan rasa kesal, menasihati saya dan sebagainya walaupun sebelum ini tidak pernah pun call atau text.

“Waima likes atau satu komen pun payah.

Kalau posting pasal business lagilah payah.

Watak2 sebenar mereka ini akan muncul apabila adanya kisah saya seperti mereka lihat di dalam cerekarama atau drama2 melayu di tv.

“Watak2 yang cuba isi borang pun ada seperti “i kesian kat u, i dah lama minat u, i rasa u akan dapat org yg lbh baik dan bla bla bla,” tulisnya.

Bagaimanapun, dirinya mengakui terpaksa untuk tidak memaklumkannya pada umum kerana perlukan masa untuk menerima hakikat.

“Saya menerimanya sebagai satu yg positif dan cuba memberi motivasi, semangat kepada saya utk menerima dugaan berat ini.

“Saya dah berpisah dengan isteri pada 20hb April 2018 cuma kami cuba selindungkan perkara ini kepada umum dan pihak mahkamah kerana perlu masa untuk menerima hakikat kepahitan sebuah perpisahan kerana realitinya ia sgt menyedihkan.

“Apatah lg yg menjadi mangsa selain hati kami adalah hati anak2 kami. Lebih2 lagi emmer, nyawa saya, jantung hati saya dan geng saya main pubg, jln2 dan minum teh tarik,” maklum Boy yang turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua.

“Apa2 pun terima kasih atas keprihatinan anda dan perhatian yang diberi. Saya mohon doa dari anda untuk kebahagiaan saya, bekas isteri, anak2 dan kebahagiaan anda jua di dunia dan akhirat.

“Inilah aturan yg terbaik dari Allah dan jodoh itu kerja Dia. Kita hamba-Nya bukan Tuhan maka redhalah apa yg Allah rencanakan utk kita,” terang Boy Iman panjang lebar.

 

View this post on Instagram

 

Ya Allah Ya Rabb, Ini perjalananku yang telah Engkau tetapkan di Loh Mahfuz, Aku bersyukur dan redha dengan segala ketetapan Mu sebelum kembali menemui Mu di alam kekal abadi. Kau berikanlah aku kekuatan untuk membuat amal di dunia yang sementara ini sebagai bekalan aku semasa bertemu dengan Mu nanti, berilah aku ilmu yang bermanfaat untuk aku berkongsi dengan hamba Mu yang lain, zuriat yang baik untuk sentiasa mendoakan aku, kesempatan untuk menunaikan kelima-lima rukun islam agama Mu, duit, rezeki dan harta yang melimpah ruah untuk aku melunaskan segala hutang pada hamba-Mu yang lain serta bekalan pada anak cucu ku bila aku tiada nanti. Inilah sahaja doa yang aku pinta pada Mu di hari-Mu, hari Jumaat. Ameen2 Ya Allah. Tlg ameenkan kawan2. Salam Jumaat! #boyiman #datoboyiman #datodrboyiman #dbi

A post shared by Dato’ Dr Norul Iman A Rahman (@dbi_datoboyiman) on

Terdahulu, Boy Iman turut berkongsi suatu entri panjang lebar yang berkisar mengenai kehidupan yang secara tidak langsung mencetuskan tanda tanya ramai.

 

View this post on Instagram

 

Jika engkau hanya hadir di alam fantasi wahai siti, Izinkan aku juga berada seketika disisimu. Ianya sudah memadai walaupun ianya sekadar fantasi bukanlah realiti.. Kerana diriku ini hanya layak seketika sahaja berfantasi denganmu, Dan selayaknya aku berada selamanya disisimu di alam realiti. Cia Cia Cia..ewah! Nota kaki: Pssstt..kita nampak pakcik awak hari tu makcik @jannanick, Sgtlah helokkk..bole ke kita bermadu? 🤫 Teater yang paling latest saya layan, “Siti Di Alam Fantasi”. Satu karya yang penuh dan padat dengan persembahan, Memang dibuat untuk kanak2. Ada haiwan, ada drama, ada kehidupan, ada warna warni, ada pelbagai konflik yang di garap secara tersusun oleh pengarah dan diterjemahkan dengan berkesan oleh para pemain lakonan. Untuk semua, anda boleh tambah cawangan shopping online selain lazada, shoppe dan lain2 iaitu Fingo. Dimana ada free shipping, ada voucher diskaun bila daftar. Download saja apps ni dibawah link saya, Buy to Save, Share to Earn – Download Fingo App, Enter my Invitation Code.「KKXZAG」,Enjoy VIP Price in Shopping. Link for Download:https://page.fingo.shop/shareInvite?shareCode=KKXZAG&lang=en Buat mereka yang nak buat pendapatan sampingan yang lumayan dan dibayar secara mingguan, Boleh beli barang “gift pack” bernilai rm199 sekali sahaja. Anda boleh pilih apa sahaja barang yang ada dalam list, Beg, skincare, jam, beg sekolah, vacuum mini dan lain2. Anda layak untuk share link anda macam saya buat ini dimana jika mereka yg Download apps ini membeli belah anda terpaksa terima 10% cash bank dan rm50 kerana mereka upgrade dari Shopper kepada Preferred Shopper. Untuk info boleh dm, pm atau WhatsApp saya di talian 0169191877. Inilah Fngo Star! Jom shopping online dan dapatkan ganjaran tunai gila2! #fingostar #shoppingdapatduit #dbi #datoboyiman #datodrboyiman #boyiman

A post shared by Dato’ Dr Norul Iman A Rahman (@dbi_datoboyiman) on

Terkini, bintang itu sekali lagi berkongsi foto terbaru dengan kapsyen yang turut berkisar mengenai apa yang berlaku serta kasihnya terhadap anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

Sebagai hamba aku dan kamu mesti diuji, Diuji dengan kesusahan dan kepayahan, Diuji dengan sakit dan sihat, Diuji dengan miskin dan kaya, Diuji dengan derita dan bahagia Kerana ianya mengingatkan aku dan kamu hanyalah hamba bukan Tuhan. Tapi aku dan kamu percaya ianya sebagai satu tanda, Tanda Tuhan sayang aku dan kamu sebagai hamba-Nya. Terima kasih Tuhan atas segala-Nya. Aku dan kamu iaitu kami hamba-Mu Tuhan. Kami ucapkan syukur alhamdulillah. Kami redha segala-Nya. Kami juga sayang pada-Mu Tuhan, Tuhan yang satu, Allah SWT. Sesungguhnya Engkau Maha Besar. Jom sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada diri sendiri dan berdoa mintak dengan Allah apa yang kita nak dari Dia. Salam Jumaat, penghulu hari! #boyiman #dbi #datoboyiman #datodrboyiman

A post shared by Dato’ Dr Norul Iman A Rahman (@dbi_datoboyiman) on

Dato Boy Iman mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011 ketika berusia 31 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :MH

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.