Tak boleh makan, bercakap selama dua bulan gara-gara dihempp timbvnan cerob0ng

SEORANG wanita tidak boleh makan dan bercakap selama dua bulan selepas ditimpa runtuhan cerobong di rumah abangnya.

Ketika kejadian, Erin Field, 24, sedang berehat di buaian gantung (hammock) ketika melawat abangnya, apabila cerobong berkenaan tiba-tiba runtuh.

Wanita tersebut mengalami kecederaan teruk pada bahagian leher, dan terpaksa melalui pembedahan selama sembilan jam untuk memasukkan batang rod bagi menstabilkan saraf tunjangnya.

Kemalangan tersebut juga merosakkan arteri yang membekalkan darah ke kepalanya.

Erin, dari Boston, Massachusetts, terlantar selama sebulan di unit rawatan intensif (ICU) dan bergantung kepada alat ventilator.

Dia juga tidak dapat bercakap kerana menjalani prosedur trakeotomi, malah terpaksa makan menerusi tiub lantaran tidak boleh memakan atau minum sendiri.

Kini sejak kejadian mengerikan yang berlaku pada 2017 itu, Erin semakin pulih dan kekal positif, malah berkongsi pengalamannya di Instagram dalam usaha untuk memberi inspirasi kepada orang lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Mstar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.