Eizlan Yusof Bakal Nikah Gadls 29 Tahun Disember Ini

Selama hampir empat tahun menduda, pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, akhirnya mengumumkan bakal berkahwin dengan wanita mualaf berketurunan Serani, Natasha Rosa Boudville, 29, pada 12 Disember ini.

Pengumuman itu dibuat Eizlan dalam majlis sidang media yang berlangsung di Bora Ombak, Putrajaya sebentar tadi. Walau bagaimanapun, Eizlan mengambil pendekatan merahsikan wajah bakal suri hidupnya itu sehingga hari pernikahan mereka minggu hadapan.

Berkenalan sejak empat tahun lalu, Eizlan berkata dia tertarik hati dengan perwatakan kelakar wanita kelahiran Kuala Lumpur itu yang bekerja dalam sektor perhotelan.

“Kami berkenalan sejak empat tahun lalu menerusi seorang kenalan. Saya sangat menyenangi sifat lucu yang dimilikinya selain kami mempunyai hobi yang sama iaitu menyelam.

“Saya melamarnya tiga bulan lalu dan orang pertama yang saya minta kebenaran ialah daripada ketiga-tiga anak saya.

“Anak-anak semua menyenangi Auntie Chacha dan dia pun sangat prihatin dan menyayangi anak-anak saya. Mereka melompat kegembiraan bila tahu saya nak kahwin semula.

“Dia sudah memeluk Islam pada Ogos tahun lalu dan secara spontan sahaja saya melamarnya pada bulan September lalu,” katanya

Dalam pada itu, mengenai majlis empat hari berturut-turut yang akan dijayakannya itu, Eizlan berkata perkara itu semua diuruskan oleh rakan-rakan baiknya dalam Angkatan Pertahanan Awam.

“Saya bersyukur dikelilingi ramai rakan-rakan yang sayangkan saya dan mereka masing-masing nak menyumbang dalam majlis ini.

“Kalau boleh saya nak adakan secara ringkas sahaja tapi mereka bermurah hati nak menyumbang,” katanya yang akan menggayakan persalinan perkahwinan istiadat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Roti Kaya

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.