Foto suami Nelydia Senrose ‘disamakan’ dengan orang lain dibldas netizen

Gara-gara berkongsikan foto, suami Nelydia Senrose ‘disamakan’ dengan orang lain yang juga merupakan selebriti dikenali ramai, Shuib Sepahtu.

Pelakon terkenal ini yang juga merupakan adik kepada Uqasha Senrose menerusi Instagram berkongsikan moment yang difahamkan kini sedang bercuti bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

Bagaimanapun, lain pula yang jadi apabila pelbagai respon bidas daripada peminat Nelydia Senrose terhadap individu yang menyamakan wajah suaminya dengan selebriti berkenaan.

Diruangan komen, Nelydia Senrose juga dilihat seperti kurang senang dengan perkara berkenaan sehinggakan pelbagai spekulasi lain pula yang timbul.

Ingat Shuib tadi

Apalah nak rasa annoying…

Dah kenapa pulak dia nak letak gambar Shuib…

Namun begitu, bagi peminat yang turut mengikuti perkembangan pelakon cantik ini memberikan komen padu terhadap maklum balas kurang senang itu.

Menurut netizen, hakikatnya ia bukan melibatkan isu handsome mahupun tidak. Namun sememangnya perempuan tidak suka suami mahupun kekasihnya disamakan dengan wajah orang lain.

Reality is bukan pasal…

Meskipun disamakan dengan individu kacak atau tidak sememangnya sikap seperti itu menjadikan seseorang ‘annoying’.

Bagaimanapun, pandangan dari peminatnya itu membuatkan Nelydia Senrose juga berterima kasih kerana memahaminya.

Ye betul, bagus Nelydia Senrose cakap elok-elok…

Nelydia Senrose dan jejaka pilihannya itu sah bergelar suami isteri pada 6 April lalu dan majlis perkahwinan mereka sebelum ini mendapat perhatian ramai.

Sumber: Nelydia Senrose