“Gantung kadb0d dekat leher,” pakcik tua jual cili tengah pnas di stesen minyak

Setiap orang mempunyai ujian yang berbeza-beza dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi apabila berhubung dengan cabaran dalam mencari sesuap nasi untuk diri sendiri dan juga keluarga.

Pelbagai cara boleh dilakukan bagi memperoleh rezeki yang halal walaupun hasil yang diperoleh tidaklah begitu memberangsangkan. Namun, usaha yang ditunjukkan dalam memcari nafkah hendaklah dipuji kerana tahu mencari duit bukanlah sesuautu yang mudah lebih-lebih lagi pada waktu sekarang.

Jual cili padi dekat stesen minyak

Menerusi satu perkongsian daripada laman Facebook Viral Media Johor, seorang pakcik telah menjual cili disebuah stesen minyak.

Lebih memilukan, pakcik tersebut memakai kadbord tertulis perkataan ‘cili padi’ yang digantung dilehernya bagi memberitahu bahawa dia menjual sayuran tersebut kepada orang ramai.

Menurut pengadu di laman Facebook itu juga, pakcik tersebut telah berdiri lama di kawasan berhampiran stesen minyak itu dan berharap agar sesiapa yang ternampak bolehlah singgah membeli jualannya.

Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah-ruah

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet yang meninggalkan komen di posting itu telah menzahirkan rasa sayu melihat gambar yang dimuat naik.

Mereka juga berharap agar sesiapa yang berada di kawasan berhampiran dapat membantu membeli sambil menghulurkan sedekah kepada pakcik yang menjual cili padi itu.

Pengorbanan besar seorang bapa

Semoga urusan pakcik dipermudahkan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Viral Media Johor

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.