“Ratuku Bukan Sekadar Untuk Hiburan .. Ada Mesej P0stif Yang Cuba Disampaikan ..” Khai Bahar

Penyanyi Khai Bahar, 25, berharap peminat dapat menerima mesej yang cuba disampaikan dalam single terbarunya yang berjudul Ratuku.

Jelas Khai dia cuba memberi kesedaran kepada orang ramai untuk lebih peka terhadap golongan yang lebih memerlukan.

“Lagu ini bagi memberi kesedaran kepada orang ramai dalam membantu golongan yang memerlukan secara ikhlas.

“Bagi saya lagu ini bukan sekadar untuk hiburan halwa telinga tapi ia memberi peluang kepada semua peminat untuk menghayati mesej positif sekali gus dapat menyumbang kepada golongan tersebut.

“Kiranya lagu ini juga adalah single terbaru saya selepas lagu duet Satukan Rasa.

“Sama seperti lagu lain, saya tetap akan turun padang bagi mempromosikan lagu ini,” katanya.

Khai ditemui ketika majlis pelancaran lagu dan muzik video Ratuku bagi promosi dana wakaf MAIPS yang diadakan di InterContinental, Kuala Lumpur.

Khai juga telah dilantik sebagai duta bagi Pusat Hemodialisis, Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.

Majlis pelancaran itu telah dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Yang Dipertua MAIPs.

Dalam pada itu, pelantun lagu Luluh itu akui pengalaman berlakon dalam drama Satukan Rasa banyak membantu dalam penghasilan muzik video Ratuku.

“Dalam muzik video lagu ini saya menangis berulang kali. Saya cuba untuk menjiwai sepenuhnya watak.

“Pengalaman berlakon dalam drama Satukan Rasa sedikit sebanyak membantu saya dalam video muzik ini.

“Saya hanya mengambil masa sehari sahaja untuk menyelesaikan penggambaran tersebut,” katanya lagi.

Video muzik rasmi Ratuku boleh ditonton di saluran Youtube Seventeen Eleven Music mulai 11 Disember serta boleh didengarkan di semua platform digital.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.