“Tak kisah dipanggil lembut, nak jadi diri sendiri..” V0kalis kumpulan Saujana

Walaupun sering mendapat kecaman netizen selain dilabel sebagai lelaki lembut, anggota kumpulan Saujana, Dr Idzu Baharin tenang menghadapi perkara tersebut.

Pemilik nama Khairul Idzwan Baharin itu berkata, beliau tidak akan mengubah karakter yang dimiliki semata-mata ingin memuaskan hati orang ramai.

“Saya bukan lembut, sebaliknya lebih kepada manja. Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan kasih sayang, malah saya rapat dengan ibu.
“Saya tahu ramai yang melabel saya sebagai lelaki lembut. Namun, semua itu tidak saya endahkan kerana saya hanya ingin menjadi diri sendiri,” katanya.

Mengulas dakwaan sesetengah individu yang berkata dia menukar penampilan, penyanyi berusia 38 tahun tersebut menafikan kerana perwatakannya memang seperti itu sejak dahulu lagi.

“Mungkin mereka tidak mengenali saya secara mendalam kerana dahulu, tiada media sosial. Mereka hanya melihat saya menerusi skrin televisyen, video atau akhbar.
“Justeru, ramai yang terkejut dan menganggap saya menukar penampilan apabila aktif di laman sosial. Tidak mengapalah jika mereka berfikiran begitu. Saya terima apa sahaja panggilan yang mereka berikan,” katanya.

Bagaimanapun, rakan industri tidak menjadikan perkara itu sebagai isu kerana beliau sudah saling mengenali antara satu sama lain sejak usia 15 tahun.

Tambah Idzu, keinginan untuk menyanyi tidak pernah ‘mati’ walaupun sibuk bekerja sebagai doktor di hospital kerajaan serta klinik dan pusat kecantikan sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Berita Harian

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.