Bisnes Kosmetik Perlahan, Datuk Seri Vida ‘Jval’ Cik B Pula.. “Umur 14 Tahun Pun Mampu Jadi CEO”

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida memberi platform kepada usahawan kecil dan selebriti untuk bersama-sama berniaga di Cik B Vaganza Food Fest 2019.

Selain itu, ini juga memberi peluang kepada anaknya, Nur Edlynn Zamilleen atau dipanggil Cik B untuk menunjukkan bakat dalam menguruskan bahagian ‘Food & Beverage’ (F&B).

“Perasan tak perniagaan kosmetik saya agak perlahan sampai hari ini. Saya kecewa apabila produk saya sering kali dikaitkan dengan Cik B.

“Kenapa Cik B tak putih? Kenapa Cik B tak kurus cantik? Maka saya jadikan kekurangan itu sebagai semangat untuk kami.

“Cik B Vaganza Food Fest 2019 ini saya ingin beri peluang kepada usahawan kecil dan juga rakan artis untuk sama-sama mencari pendapatan.

“Program ini merupakan platform terbaik untuk memperkenalkan, mempromosi dan memartabatkan produk-produk di seluruh Malaysia.

“Cik B memang menguruskan hal makanan dan minuman. Justeru saya meletakkannya untuk Vaganza Food Fest ini dan saya akan fokus kepada kosmetik.

“Perniagaan ini bukan saja teori tetapi ia perlu dipraktikkan. Ini lah masanya untuk Cik B menunjukkan segala kemampuan,” katanya.

Tambah Vida program ini turut membawa mesej kepada anak-anak muda untuk memulakan perniagaan sejak muda lagi.

“Cik B yang baru berusia 14 tahun sudah mampu menggalas tanggungjawab sebagai CEO.

“Anak-anak muda yang lain jua perlu berani memulakan perniagaan walaupun masih muda dan mentah,” ujarnya lagi.

Cik B Vaganza Food Fest 2019 akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 20 Disember hingga 22 Disember 2019 di perkarangan tempat letak kereta (W4), Stadium Shah Alam.

Antara acara menarik dijalankan adalah sesi ‘Meet & Greet’ bersama artis tempatan selain aktiviti memasak dan mewarna serta tidak ketinggalan cabutan bertuah untuk pengunjung yang hadir pada hari terakhir.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.